Tuesday, July 24, 2018

Jauh tapi dekat.

Assalamualaikum.

Curi masa di tempt kerja sambil blog. Bukan apa, semoga tak lupa apa ada dalam kepala.

Since last week, kepala ni awat la xtau asyik sarat dengan macam macam benda.
Sampai penat and surprisingly setiap malam masa tidokan aniq & akif, aku mesti tido sekali.
Padahal masa balik tu dah plan dah. Nak tengok running man la ape la..
Tapi bila letak je kepala atas bantal fuhhh lebuhhh..
Sampai azoe balik pun xperasan.

Tapi tula..
Pagi ni buka je FB memory ada status beberapa tahun lepas rasanya masa tgh degree,
Status berbunyi “Mommy’s voice really cheer me up” 
Macam tau tau je.
Alhamdulillah.
Pastu Che Pah repost..
Mak replied. Allah...
Anak2 sentiasa menceriakan hidup saya selamanya”
Gitu mak saya..
Terus rasa nak nangis kat opis.

Mak duduk dengan ira, adik pah yg nurse tu..
Tlg jagakan anak ira sbb mak risau keselamatan cucu..
Terima kasih sekali lagi mak..
Tula, walau mak dah tak duk sekali dgn pah, tapi hati selalu rasa dekat..
Kalau korang yg pernah dgr pah ckp phone dgn mak tu, mmg dgr mcm kawan2..
Sbb bunyi relax and slumber..

Tapi kelakarnya mak pah ni..
Setiap kali tgh cakap kt telefon, masa tu jugak la perut dia ajak pi toilet..
Bukan sekali dua ya..
Diulang SETIAP KALI CAKAP PHONE..
Kelakor pun ada..
Tau2 dah okay la bye mak nak pi toilet..LOL

So, kesimpulannya..
Pagi ni bangun tidur, rasa mcm xberapa ada mood..
Sambil drive try senyum untuk legakan suasana..
Tapi bila nampak status lama tu plus mak pulak reply mcm tu,
Terus rsa lega satu mcm..
And maybe jugak sambil mak reply tu, dia doa kesejahteraan anak anak dia
Alhamdulillah again.

Well, i believe in life we have to learn to Redha.
When we redha and thankful, Allah will give more.
That is His promise in al-Quran.
Better learn to remind myself everyday about this so i wont ever forget.

Love,
Che Pah

1st - 4th para 5.35pm 24 July 2018
5th - last para 2.12am 25 July 2018

Thursday, July 19, 2018

Holiday? not yet..

Assalamualaikum,

Bersiaran sekali lagi setelah lama lama lamaaaa benor menyepi..Allah semua benda chaotic sangat sampai blog tak sempat nak update..takpela..selagi tangan biasa menari hashtagbukankeyboardwarrior InsyaAllah akan try update one by one..walaupun bosan dan takdela siapa nak baca punn..sendiri baca sudeyy..

Anywayyyyy..
sana sini tengok kawan-kawan di Instagram duk pegi holiday..seronoknya lah hai..
Niat hati tu memang melonjak benor nak pegi...
tapi memikirkan tentang ongkos, masa dan dua ninja yang sedang membesar tu, hurm..memikir 10kali jugak la nak pegi..
bukan apa kang holiday tak jadi relaxing holiday pun..
jadi exercise holiday je nanti..jenuh kejor yang doubleA tu haa..
dua2 aktif bukan main..

Tapi InsyaAllah impian nak pegi holiday obersea tu tetap adaaa..
Yela, dari kecik Arwah Led berkesempatan bawa pegi holiday dalam Malaysia..
Eh pernah pegi oversea la Arwah Led bawa..
Pegi Hatyai..kah kah kah kelakar tak..okay, hambar. noted.

Actually pegi Thailand ni best sebab senang cari makanan halal.
Andddd barang murah giler..
dulu pernah beli handbag harga RM15 jeee..
sampai lunyai beg tu ku kerjakan sebab favourite sgt..
tapi now dah takde la sebab kan tadi dah cakap dah lunyai terok..lol

Ikutkan Azoe memang teringin nak bawa anak beranak pegi Jepun..
Suka benor dia Jepun tu sebab dia pernah join exchangde student program dulu..
Tapi memikirkan dulu masa kelas Jepun pun membawang je kejenya..
So hanya beberapa perkataan je Pah ingat..
1) Watasi wa = saya  2)Tamago = teluq
Yang lain haram apa pun tak ingat.,.
ampunkan saya Sensei..hehe..

Kalau Pah pulak teringin pegi Istanbul..
Ini gara gara baca novel all time favourite Manisnya Cinta..
Siap dulu berimpian nak kawin dgn Pilot la..
Aleh aleh dapat pilot bawa Vios di jalan raya..
Itu pun jadila...haha..

Tapi skrg ni banyak dah lokasi yang best untuk travel dalam Malaysia..
Sampai orang luar pulak yang dtg Malaysia..
Satu sebab maybe sebab currency kita pun rendah..
Syok la depa berbelanja kannnn..

Pegi travel ni bukan syok ape pun..
Syok makan..
merasa air tangan tempat orang..
Kalau layan memang boleh naik 10kg sekali pegi holiday..
nak turunkan balik bercinta pulak tu..
sabor jela...

Doa-doakan la Pah ada rezeki nak pegi holiday..
Bukan apa nak pegi holiday ni pun nak kena jaga banyak hati..
kang bawa yang ni, tak bawa yang itu isu jugak..
nak bawa semua, lenguh pulak mulut nak layan haha..
Ala ala lagu disana menanti disini menunggu gituuuuu..

Dah la..
Nak tidoq..
Assalamualaikum..

Friday,
12.48am
Macbook pro Azoe (eh tetiba)

Mucho mucho,
Pah Zahirah

Journey is not easy as we wish

People dont understand the journey that i’ve been,
I dont like feel like talking about it as well,
The secret is safe with Allah, myself and my partner,
Alhamdulillah thanks hubby for always being strong,
Despite of all negativity splash to your face, you stay calm.

Dearies brothers & sister,
We are born complete and perfect by Allah swt,
Please dont make be blind.
Blind by duniawi.

Allah.
The world is cruel but please help me stay and stand.
Help me forgive those who are cruel to us and give them hidayah.
Guide me to the right path.

Love,
Che Pah.

Friday, December 22, 2017

Antara impian, tanggungjawab dan keinginan

Salam semua,

Alhamdulillah akan cuba untuk terus bersiaran dengan lebih kerap lepas ni. Walaupun blog takdelah relevan sangat nowdays because people are more interested on instagram, facebook twitter etc.

Well, lihatlah tajuk. Itu memang perkara yg tengah bersarat dalam hati dan fikiran sekarang. Pernah tak korang nak buat sesuatu, tapi tanggungjawab tidak membenarkan? Ia sekaligus membataskan keinginan.

Orang selalu cakap, kejarlah impian walaupun sejauh mana impian tu. Tapi pernahkan kornag fikir apa yg korang perlu korbankan. Demi nak capi impian tu? Haihhh..keluhan kali ke seribu..haha

Penyiaran. Yes , aku mmg rindu sgt bidang penyiaran. Aku percaya aku punya bakat tapi kurang berkeyakinan. Aku percaya aku masih saang, tapi tanggungjawab pada anak anak perlu diutamakan. Allah. Serba salah.

Tapi yang pasti, aku tidak putus harapan mahupun hilang faith in Allah’s gift kn my life. Everything that i have now, is gifts from Him.

Ustaz pernah cakap, untuk kita hilangkan rasa sedih dengan apa yg berlaku pada kita, tanamkan rasa kesyukuran yang sebanyak2nya setiap hari. Ucaplah Alhamdulillah. Ucaplah syukur. Terus percaya segala ketentuan ada hikmah. Ada pelangi selepas hujan.

Tapi aku tetap manusia. Hati tetap berbolak balik. Hari2 doa Allah kuatkan hati. Kuatkan semangat. Kuatkan kepercayaan dengan ketentuan Allah.

Terima kasih Allah atas segala yg kau berikan. Maaf jika aku lupa. Maafkan aku.

Sayang & syukur selalu,

Pah Zahira(mak aniq&akif)

Thursday, August 13, 2015

Naif atau stupid? haha

Assalamualaikum pembuka bicara aicececeee..

Salam Khamis..berbahagialah hendaknya orang yang membaca blog ini..In Shaa Allah.

Actually nak cerita tentang kebodohan kenaifan diri sendiri yng boleh dikatakan memakan diri.

Well disebabkan aku ni membesar kat kampung, Kampar tu boleh dikira kampung la kann..sbb luar bandar..tapi bukan pendalaman haippp..

So honestly aku tak pernah la didedahkan dengan perkataan mencarut english seperti b***h, f**k, s**t and etc

Arwah Led dulu kalau marah pun paling busuk dia akan cakap b**oh. that it.

So bila masuk sekolah menengah, aku ingat lagi aku nampak bebudak lelaki tunjuk middle finger and cakap f**k pastu gelak gelak. SERIOUS AKU INGATKAN PERKATAAN TU WORD YANG KELAKAR. TAK TIPU.

So esok tu aku pun menjinak jinak la buat gesture itewww..yang paling bestnyaa laaa..

Masa form 1 aku ada crush kat sorang abg senior ni. Muhaimin namanyaa..now aku pun xtau jadi apa dah kat dia. hahaha..

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu, aku nampk dia dengn kwn2 kelas dia kt balkoni. So kawan2 dia tau la gamaknya yang aku ni minat kt dia, so depa duk gelak-gelak kat aku and lambai lambai tangan..

Aku mcm segan kan so nak tau apa aku buat??????

Instead of aku lambai balik SEPATUTNYA..tapi aku pi tunjuk middle finger tu smbil gelak gelak. KO FAHAM KEBODOHAN TAHAP APAKAH ITEWWWW?

MasyaAllah..serious kalau aku tau maksud dia masa tu takkn ku buat begitu..Maaf y abg muhaimin and friendssss..

Tau tak umur berapa baru aku tau f*** tu maksudnya apa? Umur aku 21 tahun.

YESSSS TAK TIPU!

Itu pun kan..masa aku part time kt forever 21 OU dulu, aku baikla jugak dgn akak akak yang keje kat situ so aku borak borak dengan dorang psal ape ntah boleh terkeluar pasal topik tu..

Ingat lagi nama akak tu alia..and dia gelak gila gila masa aku cerita pasal insiden dgn crush aku tu..

Pastu dia siap remind lagi..oh my God syerry(masa tu depa panggil aku syerry,ko hado?), you are so naive,stay that way pleaseee..hahaahhaha

So since that aku pun pernah gun dah perkataan tu..serious tak pernah sebut..yela buat apa nak sebut kan? bukan elok pun..hahaha

Jadi pengajarannya adalaaaaaahhhhh...kalau tak tau maksud, TAK PAYAH SEBUT ATAU BUAT GESTURE MACAM TU.

kan sekarang dah tua tua baru ko nak malu hahahha..

So tu ja nak cerita..


bye,
samekom. :)


Thursday, August 6, 2015

Berniaga bukan terus jadi bos, tapi USAHA

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..hopefully everything is ok with everyone..everyone who?hehe

Well, berhenti full time keje dan memulakan perniagaan sambil menjadi full-time-mom-at-home is not that bad at all. seriously not.

BUT yes ada TETAPI yeeeee..bila u have to deal or berkolaborasi with a person yang fefeling like a bos. naaaahhhh thats not cool.

kadangkala kita lupa dengan konsep berniaga ni sebenarnya adalah bermula dengan usaha. yes. usaha untuk memajukan perniagaan yang kita ceburi tu is one thing but actually memajukan diri sendiri tu lagi penting.

alangkah ruginya kita kalau kita masuk bidang perniagaan dan terus mengharapkan wang dan untung yang banyak tapi diri sendiri taknak usaha. ish ish ish..that a bad attitude plus merugikan diri sendiri.

apa yang kita nak tunjukkan pada orang?yang kita ada perniagaan secara dasarnya TAPI HAKIKAT?
hanya Allah yang tahu betapa peritnya orang lain yang kena tanggung keperitan dan kesusahan tu.

sebagai manusia kita diberi akal dan fikiran oleh Allah SWT sejak kita berada dalam perut ibu lagi untuk berfikir. we are caliph of Allah SWT. makhluk yang paling sempurna.
jadi rugi la sangat2 kalau kita tak pandai nak guna akal tu untuk berfikir, bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang disekeliling kita.

apa sahaja move yang kita buat, FIKIR adakah ia akan menyusahkan orang lain? adakah ia akan beri manfaat pada orang lain. dan sekiranya ia beri manfaat, well go on with that.

TAPI kalau langkah kita tu akan memudarat dan menyusahkan orang lain, tak ke kita akan rasa bersalah. penting diri tu satu perasaan yang mesti kita buang jauh2. i'm still learning, and yes still.
learning process ni TAKKAN berhenti tau. sampai bila2 pun.

Cuba la masa kita nak mulakan langkah in anything that we want to do, we think of the people we love. first, it should be YOUR FAMILY. parents, siblings, husband wife and all.

Lepas tu kalau ada rezeki lebih, kita infakkan ke jalan yang baik. moga Allah lebih berkati perjalanan dan usaha kita tu.

Kalau asyik fikir untuk diri sendiri dan masa permulaan tu pun dah ada niat nak menunjuk, bangga diri dan sifat mazmumah yang lain, bagaimana Allah nak redha? THINK!

sekiranyalah kita bermula dengan sikap mazmumah tu jugak TAPI perniagaan kita tu berjaya, tidakkah itu dikira sebagai satu ujian pada kita yang akan terus hanyut dengan duniawi? MasyaAllah rugi lagi kita.

Sebagai seorang Muslim, alangkah lebih baik kalau kita berfikir berlandaskan Al-Quran dan jangan sekali kali lupa padaNya.

Dont get me wrong. i'm human too. makes mistake. but when u realize it, you go back to Allah. He'll always there for you. Insyaallah.

What i wrote today is a reminder for myself as well. not pointing fingers but i hope someone will realize that you always makes us sad and frustrated with what u did. think about family FIRST. Allah will help you with the rest.

Wallahualam.

Wednesday, July 29, 2015

Selera makan - come to mama pleaseeee..

Assalamualaikum semua..

Well tak pasal je nak cerita pasal makan kan this time..
Yela...at the moment memang pah takde selera nak makan..
Tekak ni mcm tak rasa pape..
Korang bayangkan laa..cili kat wong solo tu pah boleh tambah..
faham tak tekak yang takde rasa sekarang ni??? nangesssss..

Mungkin jugak, mungkin la..ini assumption diri sendiri je..nantila baru nak tanya doktot..
Mungkin la simtom susah nak makan ni kerana pembawakan..hehe..
Alhamdulillah, harap adik aniq baik baik je dalam perut titew nii..aamiin

Ini first time rasa mcm ni tauu..
sebab masa preggy kan aniq dulu, i eat alot..like seriously A LOT..
Now nak habiskan sepinggan nasi pun ssh..
Yang besttttnyaaa..tinggal lagi sesudu dua gitu laa tekak ni takmo dah semua makanan itewww..
Ya Allah takde niat tau nak membazir..
Kalau ku jolok jugak, harapan yang agak tinggi la semua itu kembali ke toilet..nangessss lagiii

Tapi takpelaa..harap nanti senang la nak jaga adik aniq ye..
Aniq ni pun tak susah nak jaga pun..
CUma dia aktif bebenor jelaa.

Bayangkanlaaa dalam keadaan yang lembik since before puasa aritu..
Sampaila now, nak melayan  loya loya dan sakiot perut yang kerap SAMBIL nak layan kerenah aniq..
MAsyaallah mmg memnguji kesabaran..

Kadangkala mmg nk marah..mmg dah marah pun..
tapi lepas tu rasa bersalah pulak kat aniq..
Yela dia bukannya faham ape2 pun kan..
SORRY ANIQ..IBU LOVE YOU..

well kalau ada sesiapa ada tips nak bantu galakkan rasa makanan kat tekak ni atau cara nak kurangklan loya ni, boleh sharing is caring kat sini tau..

Sebab memang kdg2 stress tak tau nak makan apa..
masak jangan harapla mmg tak boleh nak membau for now..
menahan jela makan kat kedai..sabau jela..

ok tu je nk cakap kali ni,,hehe

ok salam semua.

chiowww,
Pah