Tuesday, April 21, 2015

hati perempuan je ke?hati lelaki macam mana pulak? kah kah kah

Assalamualaikum..

MasyaAllah MasyaAllah..kesian blog ini kadang berupdate kadang idak..
Bila suka update, bila tak suka lantak kau laaa..gitchuuu
hehe..

Last rajin update Februari lepaih..Pastu pong pang pong pang tinggaiiiii..
Bukan takmau update tapi ada jeeeeeee benda nak kena buat..

So memasuki ke gerbang baru..
Tapi takpela..untuk yang tahu tu, tahu laa..yang tak tahu tu kita diamkan ajer..
Suspen tak? suspen tak?
Muka korang mesti macam ada aku kisah? hahahaha

Anyway, tengok tak tajuk di atas ittewwww..
Haaaaa..Yes YES!
Memang tengah gila nonton HATI PEREMPUAN.
Yang ada di slot akasia TV3 tuuu..




Tapi bukanlah menggila atau histeria dekat pelakon tu haa..
Pah minat jugak jalan cerita tu..
Sebabnya dah tertonton dari episod pertama so terus sangkutttt..




Disebabkan itu Pah duk la ulang ulang ulang tengok cerita tu..
Tak habis kat website tonton.com.my dekat blog2 yang ada cerita tu pun Pah follow..
What can I say is that = both of the character iaitu Tengku Zaril dan Yuhanis yang dibawakan oleh Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad tu memang menjadi..
Bagus pengarah dan team tu pilih dorang sebab nampak serasi..
Mia Ahmad tu boleh dikatakan bakal jadi pelakon wanita yang bagus dalam bidang ni Insyaallah ye Mia :)

Ok habis pasal itu..
Oleh keran ketidaksabarandihatikuini,
Pah pun pegila cari novel tu di merata-rata tempat..
Memang merata tempat yeee..Tak tipu..
Tapi memang tak jumpa..

Sampaikan ada satu insiden ni hahahaha..
Gelak dulu sebelum cerita..(memang perangai Pah sangat)..
Ada satu malam tu Pah minta Hubby singgah kedai buku dekat area rumah ni haa..
Disebabkan Pah tengah susukan aniq dalam kereta so Hubby jela yang keluar tanya kt orang kedai tu tentang availability buku berkenaan..



Situasi dalam kedai buku
Suasan kedai buku yang tidak terlalu bising dengan ada beberapa orang lelaki sedang membaca magazine kereta, photography dan majalah2 lelaki yang lain; tetiba dengar satu suara garau bertanya dekat di pekedai

Hubby: Bos, buku novel HATI PEREMPUAN ada tak?

Korang rasaaa???kah kah kahh
Tak ke nampak ape ke pelik benar badan tough, muka penuh janggut tapi cari novel HATI PEREMPUAN.hahahahhah..

For sure abang abang yang tengah membaca magazine area situ gelak besar TAPI DALAM HATI JELAA..
Mau kena gelak depan2 kaluuuu..Memang 10 tahun laa hubby Pah mungkin tak jejakkan kaki ke kedai buku tu walaupun TERPAKSA fotostat IC..hahhahah..

Tapi itula pengorbanan seorang suami ye dak?

Ok la nak sambung tengok episod hari ni sebab tadi masa tengok live kat tv tak fokus sebab aniq duk minta pish(nenen) dan tetiba masa tu jugak laaa dia nak yakkk..

So sampai sini je..kalau rajin update lagi..Tapi Insyaallah rajin sebab saya dah freee..ihik ihik..

Pah