Wednesday, July 29, 2015

Selera makan - come to mama pleaseeee..

Assalamualaikum semua..

Well tak pasal je nak cerita pasal makan kan this time..
Yela...at the moment memang pah takde selera nak makan..
Tekak ni mcm tak rasa pape..
Korang bayangkan laa..cili kat wong solo tu pah boleh tambah..
faham tak tekak yang takde rasa sekarang ni??? nangesssss..

Mungkin jugak, mungkin la..ini assumption diri sendiri je..nantila baru nak tanya doktot..
Mungkin la simtom susah nak makan ni kerana pembawakan..hehe..
Alhamdulillah, harap adik aniq baik baik je dalam perut titew nii..aamiin

Ini first time rasa mcm ni tauu..
sebab masa preggy kan aniq dulu, i eat alot..like seriously A LOT..
Now nak habiskan sepinggan nasi pun ssh..
Yang besttttnyaaa..tinggal lagi sesudu dua gitu laa tekak ni takmo dah semua makanan itewww..
Ya Allah takde niat tau nak membazir..
Kalau ku jolok jugak, harapan yang agak tinggi la semua itu kembali ke toilet..nangessss lagiii

Tapi takpelaa..harap nanti senang la nak jaga adik aniq ye..
Aniq ni pun tak susah nak jaga pun..
CUma dia aktif bebenor jelaa.

Bayangkanlaaa dalam keadaan yang lembik since before puasa aritu..
Sampaila now, nak melayan  loya loya dan sakiot perut yang kerap SAMBIL nak layan kerenah aniq..
MAsyaallah mmg memnguji kesabaran..

Kadangkala mmg nk marah..mmg dah marah pun..
tapi lepas tu rasa bersalah pulak kat aniq..
Yela dia bukannya faham ape2 pun kan..
SORRY ANIQ..IBU LOVE YOU..

well kalau ada sesiapa ada tips nak bantu galakkan rasa makanan kat tekak ni atau cara nak kurangklan loya ni, boleh sharing is caring kat sini tau..

Sebab memang kdg2 stress tak tau nak makan apa..
masak jangan harapla mmg tak boleh nak membau for now..
menahan jela makan kat kedai..sabau jela..

ok tu je nk cakap kali ni,,hehe

ok salam semua.

chiowww,
Pah

Waled sentiasa di ingatan :')

Assalamualaikum WBT..

Entry hari ini mungkin agak sedih dan sesiapa yang rasa benda yang sama seperti Pah, mungkin 1st para korang baca, korang dah nangis..huhu

Tajuk di atas dah dapat terangkan tentang apa entry kali ini akan berkisahnyaa...

Well, setelah almost 4 years Arwah Led pergi menghadap Ilahi, honestly i'm not over it yet..
There is not even one day i didnt pray for him.

Ok first lets recap..lululululuusshh ( konon naik mesin masa untuk patah balik laa..)

Arwah Led ni sejak kecil memang Pah dah kenali dia sebagai bapa yang penyayang BUT garang.
Seriously garang..
Nasib baik Arwah Led bukan ditakdirkan untuk keje di Switzerland,kalau takk..
Mungkin ktorang 5 beradik pun masuk berita..

Arwah Led ni baran sikit tapi hati dia baik (anak dia kan, opkos la den kato dia baik)
Tapi Arwah Led memang baik..sebab Pah selalu nampak dia cuba untuk sediakan anything yang ktorang perlukan WALAUPUN ktorang ni bukannya tahu dia ada duit ke tak..

Ktorang ada 5 beradik, tapi actually yang paling rapat dengan Arwah is angah..
Maybe sebab angah ni gap dengan Pah just setahun so mak dah terlalu banyak tumpu kat Pah, so Arwah Led memang selalu dengan angah la rasanyaa..
Lagipun muka angah tu memang semua org cakap ikut muka Led..
So it explain, Arwah Led saya hensem Alhamdulillah..

Pah dulu merasa la jadi anak bongsu for 5 years before ira lahir..
So adala beberapa kali tido di ketiak Led..rinduu..
Tapi bila Ira lahir opkos la Pah dah tak slowly tak dimanjakan lagi..alaa lumrah la gitu kann..
hehe..

Tiada niat Pah untuk memburukkan Arwah Led..
Tapi Pah akui, sepanjang Pah membesar ni i dont really have anything to make him proud..
Belaja pun tak berapa pandai..Boleh tak aku ni dapat no 14 masa darjah satu dah seronok sangat dahh..
tapi bila balik inform kt Arwah led, ko rasa takkann laa dia nak melompat? LOL.
Dia marah la jugak, bising sikit2...aku pun sentapp..
Sebab dia sengih2 tengok result angah..
Yela akak den dapat no 2 kot tak silap,..haha..
boleh faham tak disitu..? hahaha

Tapi serious Pah tak terasa pun..
Sedih tu yes. Tapi itu hakikat..
Apekah nak dibangga dengan no 14 itu..
hahah

Sama la dengan result2 lain..
Mungkin Arwah Led selalu mengharapkan more from me, so when i cant make it..dia kecewa la kot kan..
Result Pah untuk setiap exam besar2 semua biasa2 sajaaa..
So honestly, I never see him proud of me :'(

BUT i know he loved me.. He always did..

When i decided to further degree..He was sooo happy..
I tell you that was the 1st time i saw him happy for me..at last..Alhamdulillah..

And since that, Arwah Led changed A LOT..
I can see him happy everytime all of us at home ( in perlis that time)..
Always ask me when i will come back..
Nak masak sedap2 dia kata..
Sotong kari, ikan masak tiga rasa.. I MISS THAT.

But u know what;
i wish i could spend more time with him..

Sepanjang belajar, ada cuti sem kan..
Boleh dikatakan every cuti sem Pah keje part time kt KL..
Nak cari duit lebih sebab taknak susahkan Led and Mak..
Masa tu belajar banyak sangat pakai duit tau..
Assignment asyik pi KL..tol minyak tong tong pun still guna duit..
Itu belum lagi makan kena catu bagai..

So, bila cuti sem je maybe ada seminggu je kot Pah akan balik perlis..
i dont really spend time with him..

Sometimes i regret it tau..
If only i can forget about money and spend my quality time with him..
It could more appropriate kan?
Tapi Allah tu Maha Mengetahui..
Maybe Allah tentukan begitu SUPAYA i dont feel to attached with him..
It will much more easier for me to let him go..isk isk..

Lepas grad, Pah ada menganggur sekejap..
Masa tu pun Pah tak stay dengan dia kat Perlis..
Pah duk dengan angah kt KL nak cari kerja.

Terlepas lagi peluang nak spend time sama..
ya Allah kalaulah ku tahu,..hurmm.

Masa hari kejadian kemalangan yang menyebabkan Arwah Leh meninggal,
Alhamdulillah i was there..
After the accident, he still can talk..
Dia sempat buat lawak.. " urmm tak dapat nak join konvoi pi phuket'
(masa tu Arwah Led duk syok pi konvoi naik skuter besar)
Tapi lepas je operation, doc koma kan Arwah sebab taknak bg Arwah bangun..
They put something to his heart..katanya hati Arwah rosak teruk..

But after a few days, condition Arwah makin menurun,.
Sampailla petang khamis tu Arwah Led pergi menemui PenciptaNya..
Alhamdulillah pada khamis malam jumaat..
Masyaallah lemah longlai kaki ni dengar berita tu..
jatuh terduduk sebab tak boleh nak fikir..aku anak yatim?
mak aku cemana? adik2 aku cemana? amni nk amik UPSR cemana?

ya Allah luckily my Hubby was there to catch me..
Memang jatuh terduduk bila dengar berita tu..
And that was the 1st and the last time i cried semasa kematian Arwah Led..
Why?
Pah taknak adik2 tengok Pah lemah, sebab semangat dorang akan jatuh kalau tengok kakak dorang begitu..
Pah taknak mak tengok Pah gitu..Pah kena kuat untuk dia..
Pah taknak Arwah Led ingat Pah lemah,..
Pah nak dia tahu Pah boleh jaga and stand for other family member bila dia dah takda..

Adik beradik Arwah Led request untuk kebumi jumaat pagi..
Dia nak bagi peluang kami semua spend more time dengan Arwah Led sepanjang malam..
Amni tak boleh stop nangiss.. So because of her, Pah TAKBOLEH nangiss..
Semangat Pah diperlukan untuk dia time tu..
Pah kuatkan hati dia..keep on saying to her..
Allah ambil orang yang Dia sayang,,
Allah lebih berhak ke atas Led dari kita..

Syukur, Arwah Led besarkan anak2 yang hebat mcm adik2 pah yang tak stop mengaji sepanjang malam di sebelah Led..
Led will be proud..
Insyaallah..

Pengebumian pagi tu berjalan lancar..
Semua anggota trafik which is kawan2 Arwah iring jenazah ke Tanah Perkuburan..
Dalam hati ni lega sangat..Arwah selalu mudahkan kerja orang masa dia hidup..Jadi masa kematiannya, Allah permudahkan urusannya,,.Syukur..
kejap je ktorang dah sampai kat a.setar,,
Kebumi dekat dengan Arwah Tok Led and Tok Ku..

Since hari pengebumian tu, sehingga la sekarang..saat pah menaip ni, hati pah memang rindu sangat pada dia..
Memang tak boleh lupa..
Masa nak kahwin tu selalu doa..ya Allah hadirkan Arwah Led ke majlis pernikahanku walaupun sekejap..Hanya Allah tahu, ada ke tidak Arwah Led kt situ masa tu..

Bila Aniq lahir, Pah selalu fikir...
Arwah Led sayang dak kt aniq..Arwah Led suka tak dapat cucu lelaki pertama ni?
Apa Arwah Led nak bg kat aniq ni kalau Arwah ada lagi,..
mcm2 dlm kepala Pah..Tapi yang pastinya Aniq memang ada iras Arwah especially tang mulut..hamboi sebijik sangatt...

Well ALhamdulillah..
yang penting, masa hayatnya, Hubby sempat minta kebenaran nak kawin dengan Pah..
Sempat spend time dan dapat approval Arwah Led untuk bersuamikan Tengku Azahir dalam hidup Pah..Alhamdulillah..

Andai dia tahu...
aku sangat menyayanginya,.aku sangat merinduinya..,aku sangat mengharapkan dia bahagia di samping penciptaNya..

Ya Allah, Kau tempatkan Arwah Led di syurgamu tanpa hisab..sayangi lah dia sebagaimana dia menyayangi ku sejak dari aku kecil..peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku sejak aku lahir..haramkan wajahnya untuk disambar api nerakamu..Temukanlah kami di akhirat nanti. Ameen.

Yah sayang Led sampai bila-bila. itu pasti.