Wednesday, May 6, 2015

Cerpen?? Rindu jugak..

Assalamualaikum..

Tangan kembali mengetuk keyboard..tapi bukan keyboard warrior..ihik ihik *gelakgatai*

Bila aniqzafran tidoq barulah boleh nak melayan blog..walaupun takda la org nak baca sangat tapi kalau boring2 boleh la sendiri baca..

Dalam dua tiga hari ni dalam kepala ni duk la mengarang beberapa cerita pendek a.k.a cerpen..
Nampak sangat rindunya tuu..

Last tulis cerpen masa study kat Lendu Melaka dulu tau..
Alhamdulillah masa tu menang jugak la tempat pertama Cerpen Pendek Hari Kebangsaan..
Tapi yang tak bestnya karangan itu dah hilang ler pulerrr..
So mari la kita start yang baru..


KAU JODOHKU

Masih terngiang-ngiang suara ayah mengamuk di ruang tamu malam semalam. Rasa takut, kesian dan sedih bercampur baur.
       " Mana ayah nak letak muka ayah?!!!"
Mak nampak tertunduk dan sesekali menyapu air mata yang mengalir di pipi.
Aku? terdiam kaku. Tak tahu reaksi apa yang perlu ku beri.
Salah langkah pasti mengundang satu lagi kemarahan ayah.

      "Leeya, macam mana boleh jadi macam ni?!! Kenapa Kak Tira buat keputusan mengejut macam ni? Apa ayah nak jawab dengan Uncle Syed?
Kemarahan ayah tiada tanda reda langsung. Tangannya kemas memegang salinan email yang adikku Emir berikan padanya selepas makan malam tadi.

      Assalamualaikum Ayah,

Tira tahu kehadiran email Tira ini akan menyusahkan hati semua orang dan pastinya akan melukakan hati ayah dan mak, Tapi Tira rasa Tira berhak tentukan hidup Tira demi masa depan Tira ayah, mak. Maafkan Tira ayah dan mak. Tira tak boleh teruskan pertunangan dengan anak Akif. Tira sudah jadi isteri orang. Ya ayah, maafkan Tira. Tira dah bernikah dengan teman sekolej Tira di sini. Tira bahagia ayah. Tira pasti ini yang terbaik untuk Tira. Maafkan Tira ayah, mak.

                                                                          Salam Sayang dari jauh 

Aku telan air liur. Kena susun ayat betul-betul ni. Nanti aku kena sembur, tak pasal je.

       "Urmm..masa Leeya skype dengan kakak hari tu, kak Tira takde cakap ape-ape ayah. Sumpah Leeya tak tahu."

Ayah melangkah meninggalkan semua terpinga-pinga di ruang tamu. Air mata mak gugur lagi.

.............................................................................................................................................................

      Masih aku ingat betapa gembiranya ayah di hari pertunangan Kak Tira yang berlangsung seminggu sebelum Kak Tira menyambung pelajarannya ke UK, dua tahun lalu.
 Hasrat ayah untuk berbesan dengan Uncle Syed termakbul juga.

    Di pelamin kecil yang serba biru, Kak Tira nampak biasa saja. Jubah longgar berwarna kuning cair cantik nampak dipakai Kak Tira. Raut wajahnya tiada tanda-tanda menolak.

     Yela lagipun Kak Tira dan tunangnya, Syed Akif bukannya orang asing. Mereka dah kawan dari kecik. Aku pun memang kenal sangat dengan abang Akif tu. Cuma dia lebih rapat dengan Kak Tira sebab mereka sebaya.


   'Ini memang kerja gila', bisik hatiku. Tapi demi menjaga maruah ayah dan menghilangkan kesedihan mak dan mengembalikan kemeriahan rumah ni yang sunyi sejak kehadiran email Kak Tira Isnin lalu, aku beranikan diri.

    'Tok Tok Tok'. Perlahan ku ketuk pintu bilik ayah dan mak.
Kesederhanaan dekorasi dalamannya membuatkan hati tenang namun ia tidak mampu menenangkan hati ayah yang kerunsingan.

    "Ayahhhh..perlahan aku memanggil.
Ayah berpaling dari sudut bacaannya.."Kenapa Leeya?Dah lewat ni tak tidur lagi? Ayah letak buku yang dipegangnya dan beralih duduknya menghadapku.

Ku tarik nafas dalam-dalam. "Biar Leeya yang ganti tempat Kak Tira je ayah. Demi jaga maruah keluarga kita. Demi nama baik ayah". Fuuhh legaaa.. Tiada sesalan. Itu doaku.

 Ayah nampak terkejut. Terbeliak matanya. Mak yg baru keluar dari bilik air turut tersentak.
Ayah tergamam. Terus aku diraih ke pelukan. Dan ku rasakan satu tangan lembut mengusap rambutku dan satu ciuman hinggap di kepalaku. Mak dan ayah gembira.
.............................................................................................................................................................

     "Aku terima nikahnya Ashfa Aleeya binti Amirudin, dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai".
Sah!Sah. Alhamdulillah.

   Ya Allah, menginjak umurku 23 tahun, aku telah pun bergelar isteri. Siapa sangka. Ya Allah permudahkan perjalanan ini.

   Peluh memenuhi segenap ruang di tubuhku. Aircond yang mengisi ruang dewan kecil itu tidak dapat menghilangkan debar di dadaku.

Sejak persetujuann ku dua minggu lalu, ini kali pertama aku bertemu Abg Akif. Ya selama ini aku hanya memanggilnya Abg Akif kerana dia sungguh rapat dengan Kak Tira. Tapi mereka tidak bercinta. Kak Tira sungguh rapat denganku jadi sebarang jalinan perasaan pasti aku tahu. Di pihak Abg Akif, aku tidak pasti. Jarang sungguh aku berbual dengannya kerana setiap kali dia hadir di rumah, aku pasti tidak berkesempatan untuk berbual dengannya kecuali di meja makan.
    Bukan aku pendiam. Tapi entahla. Aku sendiri tidak pasti.

Abg Akif meraih tanganku untuk menyarung cincin dan mencium dahiku. Ya Allah, dia halal buatku Ya Allah, ini bagaikan mimpi.

.............................................................................................................................................................

Sungguh janggal rasanya. Aku melihat segenap ruang bilik ini. Ringkas sungguh susunannya. kombinasi hitam putih yg mendamaikan. Tidak terlalu sarat dengan hiasan.

   Baju tidur kelawar lengan panjang warna hitam ku sarung bersama tudung merah jambu. Aku masih kekok dengan rumah ini. Secara tiba-tiba pintu bilik itu di kuak. Terkejut bercampur debar.

   Dia memandang tajam ke arahku. Tak tahu apa ertinya. Langkahnya perlahan dan akhirnya melabuhkan punggungnya di sisi katil. Betul-betul tidak jauh dariku.

   "Kenapa Leeya korbankan diri untuk menjadi pengganti?" perlahan suaranya. Tiada tanda marah.
Legaa..secara tidak sedar kelegaan itu buatku tersenyum.

"Eh orang tanya dia senyum pulak?" gumamnya.

"Aaa? saya senyum ek?" aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jawab soalan Abg Leeya. Abg nak dengar dari mulut Leeya supaya setiap langkah Abg selepas ini tidak akan melukakan sesiapa.

"Leeya buat ni demi keluarga Leeya. Demi persahabatan yang terjalin antara family kita. Leeya tiada niat lain.

Dia menghela nafas panjang.

"Leeya terlalu muda untuk abg sia-siakan masa depan Leeya. Abg tak tahu apa Abg patut buat sekarang. Bagaimana untuk Abg mulakan hidup Abg dan Leeya. Apa masa depan kita, sungguh Abg buntu". Abg Akif meraup wajahnya.

Tidak tahu mengapa mataku tiba-tiba berkaca. Kecewakah hatiku? Sedihkah aku?

"Leeya minta maaf sekiranya tindakan Leeya merosakkan impian dan masa depan Abg Akif.

Dia bangun terus ke katil dan menghenyak tubuhnya ke tilam empuk, namun badannya dihalakan ke almari.

Aku bagaikan patung, berdiri. Kepalaku melayang.

.............................................................................................................................................................

Subuhku dikejutkan oleh bunyi dari bilik air. Abg Akif dah bangun dahulu. Ku lihat baju ku masih sama, tiada perubahan. Perlahan ku helakan nafasku. Moga perjalanan bahtera perkahwinan ini dipermudahkan Ya Allah, doaku dalam hati.

.............................................................................................................................................................

  Perjalanan aku ke ofis kini tidak keseorangan lagi. Abg Akif beria ingin menghantar dan menjemputku walaupun aku menghalangnya.

"Ini tanggungjawab abg, jangan degil Leeya." Tegasnya.

Setibanya aku di ofis, ayah memanggil aku ke biliknya.

"Ada tanya suami kamu, boleh ke tak kamu terus keje Leeya? Kini raut wajah ayah lebih tenang dan senyum terukir di bibirnya.

"uaarrggghhh" Eh alamak..macam mana boleh menguap pulak nii? Aku sengih seperti kerang busuk.

"Amboi tahu la baru kawin, bercakap dengan ayah pun boleh menguap. Mengantuk betul ye Leeya".

"Apela ayah ni. Leeya tak boleh tidur sebab tempat baru kan. Leeya tak dapat peluk bantal busuk Leeya. Ayah yang tak bagi bawa hari tu." Aku bela diri. Tapi memang pun. Aku memang sukar untuk tidur. Rasa kekok masih ada. Ayah tak tahu yang anaknya ni masih dara.

Ya, abg Akif masih belum menyentuhku. Katanya mahu memberiku masa. Entahla.

"Abg Akif takde masalah ayah. Dia ok je. Dia bg Leeya keje.

"Leeya, Leeya bahagia tak?. Ayah tak paksa Leeya kan? Ayah mengusap pipiku.

"Tak ayah. Leeya bahagia. Senyumku. Paksa.

.............................................................................................................................................................

"Esok Abg nak pergi outstation."

Aku tergamam. So??? Tak minta kebenaran aku kan? Ape la dia ni.

"Nak ikut ke? tanyanya.

"Eh taknak la. Leeya banyak kerja. Lagipun Leeya dah janji nak jumpa kawan Leeya hujung minggu ni."

Dia berpaling ke arahku. "Nak jumpa kawan?Kenapa abg tak tahu pun Leeya ada plan?

Ek??kena bagi tahu ek? Lantak la.. "Hurmm..Leeya nak jumpa classmate Leeya kat USM dulu. Dorang turun KL so Leeya nak jumpa la dorang."

"Leeya kena ingat, Leeya tu isteri. Kena minta izin suami kalau nak kemana-mana. Abg perlu tahu dan beri kebenaran." Tegas dan straight to the point.

"Ok boss. So boleh pegi ke tak ni?

"Pegi la. So abg tak jadila pegi outstation."

Ek laaaa..takkan dia ni nak ikut aku keluar pulak? "Kenapa tak jadi?

"Siapa nak hantar Leeya pegi jumpa kawan-kawan nanti?"

Laaa itu yg dia ni sibukkan. Aku ni bukan budak-budak tau. " Eh takpelaa..Leeya boleh pergi sendiri.
Kan Leeya ada kereta sendiri.

"NO! Abg hantar Leeya. Titik"

*Rolling eyes*

.............................................................................................................................................................

"Nak ambil pukul berapa nanti?

"Nanti Leeya call. Tq sbb tolong hantar.

Serayaku berlalu pergi.

.............................................................................................................................................................

"Rindunyaaa dengan korang. Aku terus meraih Dina dan Syira dalam pelukan.

Mereka yang ada di setiap ruang hidupku di USM dulu. Sungguh banyak kenangan kami. Mereka pasti terkejut dengan perkahwinan ku ini. Itu pasti.

"Hah??serius laa?? Leeya ko dah kawin??!! Sampai hati tak beritahu ktorang."

"Maaf korang. Dalam masa 2 minggu aku buntu, busy dan entahlaa. Serabut sangat masa tu. Siapa pun aku tak jemput. Semua kawan-kawan ayah dan mak aku je yang datang."

Ku ceritakan satu persatu pada mereka, mengharapkan kefahaman mereka terhadap situasi ku yang sukar ketika itu. Bermula dari email Kak Tira hinggalah hidupku yang telah hampir 2 bulan menjadi isteri 'diatas kertas'.

Usai cerita, aku diraih dalam pelukan mereka.

"Besarnya pengorbanan kau Leeya. Kami doakan yang baik-baik je untuk kau tau. Jom selfie nak?" Well, it's normal kan. hehe..

"Jap aku amik phone aku" Aku selongkar segenap ruang dalam handbag tapi tak jumpa phone. Ya Allah mana peginya.

Seraya aku tepuk dahiku, terus aku ternampak susuk tubuh itu sambil memegang Iphone6 Plus ku.

"Nak selfie tapi phone takde ye dikk?"

Amboi perli nampak. Usikannya ku balas dengan jelingan tajam. Aku bangun mencapai Iphone ku yang kemas dalam genggamannya.

"Tak nak kenalkan abg dekat kawan-kawan Leeya ke?

Sebelum sempat aku bersuara, kawan-kawanku telah dahulu memperkenalkan diri.

"Hai suami Leeya. Ktorang kawan baik Leeya. Saya Dina ni Syira.

"Oh hai..apa kabar? have fun yea. Dekat sejam jugak la cari isteri nak pulangkan phone ni. Dia ni bukannya nak say thanks pun." Dia kenyitkan matanya padaku seraya berlalu pergi.

Aku terus duduk dan pastinya seribu satu persoalan ku terima bagaikan hujan batu dari dua minah kepoh ini.

.............................................................................................................................................................

bersambung....