Wednesday, October 29, 2014

REZEKI

Assalamualaikum...

Sesaje nak berborak di kala hati sedang memikirkan sesuatu..so saje la nak share..

Title tu pun korang dah boleh agak kan apa yang Pah nak share..

Yela, rezeki setiap manusia, Allah bagi dalam pelbagai cara..
Bukan sahaja duit, kasih sayang pun satu rezeki yang tak ternilai harganya..
Peluang dalam pekerjaan juga satu rezeki..

Pah pernah la ada one time tu rasa dowwnnnn sangat..
Sebab rasa kadang-kadang kehadiran dan kebolehan yang ada tak dipandang..
Bila dah down macam tu, mulalah syaiton masuk daun..
Suntik pelbagai perasaan buruk dalam hati Pah ni...

Masa Pah down tu Pah mula nak salahkan, aku ni tak dapat peluang sebab aku kawin awal ke?
Adakah disebabkan itu orang tak percaya aku boleh buat?
Adakah sebab aku tak cantik...?
So macam-macam la benda buruk yang Pah fikir, which is sometime lead to not being grateful. Masyaallah.

Tapi Alhamdulillah Pah dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat POSITIF..
Allah tu Maha Adil..
Bila Pah cakap kat hubby, dia banyak bagi semangat..
Bila nangis dia biar je Pah nangis, suruh Pah lepaskan perasaan bagi lega..
Minta Pah sabar, terus usaha, dan berdoa..

Alhamdulillah bila sampai satu masa, memang Pah dapat apa yang Pah nak buat tu..
Memang la diakui tak sebagus orang lain, tapi practice makes perfect kan..

Lepas peluang pertama tu, Pah dapat lagi peluang-peluang yang seterusnya..
Lama-lama ada yang dah mula puji (serious bukan minta puji sebenarnya) dan nampak kebolehan ni..
Syukur...

So Pah nak cakap kat sini,
Tak salah kalau kita mengharapkan sesuatu tu, TAPI;
Kena sabar, Kena usaha dan kena percaya pada REZEKI...

Kalau Allah dah kata, rezeki tu kita punya, memang kita punya..
Kalau dah memang bukan rezeki kita, kita sedia macam mana pun,
pasti ada halangan..

Ini antara kenangan dan pengalaman yang Pah dapat dalam industri ini..
Memang banyak duri dan ranjau tak dinafikan..
Tapi sekurang-kurangnya Pah pernah pijak duri tu, tapi berjaya cabut duri tu pelan2, dan bangun jalan balik..
ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI...

Jadi untuk sesiapa di luar sana,
Jangan bagi perasan PHD(hasad dengki) orang lain, jatuhkan semangat kita..
Jadikan itu semangat dan dorongan..
Pandang sesuatu masalah tu dari sudut positif...

Insyaallah lama-lama hati kita tenang, hidup kita happy..
Dan yang penting muka kita ni maintain MUDA..GITCHUUU..

Baik la Insyaallah sampai sini je tau..
Nanti rajin, bebel lagi sekali..



Salam Ceria,

Pah.



Monday, October 27, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum and salam hujung minggu...

Yela, bukan selalu pun dapat cuti hujung minggu kan..alhamdulillah dapat spend time dengan suami dan pakcik kecik, aniqzafran...

Sempena Awal Muharram yang disambut semalam, jadi sajala nak kongsi-kongsi cerita dan luahan rasa hati gitu..

Awal Muharram ni kira permulaan tahun bagi tahun islam la kan..so i'm pretty sure, ada yang dah buat azam baru, yang berHIJRAH dan sebagainya..

Ala samala macam masuk tahun baru pun kan, semua nak buat azam, tapi tak semua kita berpeluang nak laksanakan. ikut rezeki masing-masing la kan.

Anyway, Pah pun ada jugak berazam. Yela, sebagai seorang perempuan muslim, memang la pakai tudung dan menutup aurat adalah WAJIB. Tapi kita semua tidak sempurna, masih ada kekurangan di sana sini. Pah pun macam tu jugak.

Sekarang ni Pah tengah belajar2 nak berhijrah ke arah yang lebih baik, Tapi detailnya biarla Pah simpan sendiri sebab takut sangat2 kalau ada sesiapa yang baca nanti, dah keluar anggapan lain. Tak pasal2 timbul dosa lain pulak ye dok?

Tapi mohon la semua doa-doakan Pah berjaya capai azam Pah untuk berhijrah tu. Cuma sekarang Pah tengah cari Guru agam/Ustazah dll.

Kalau ada sesiapa nak suggest atau kenal Guru/ kelas agama yang boleh Pah join, feel free untuk email Pah di syazahirah@gmail.com

Insyaallah sama-samalah kita berkongsi ilmu dan pengalaman :)

*entry ni sebenarnya semalam dah taip elok2 tapi tertido masa susukan aniqzafran so hari ni baru dapat publish. hehe..

Love,
Pah Zahirah.

Thursday, October 23, 2014

Siapa sangka, cempedak jadi nangka..

Bismillahirrahmannirrahim...

Title post nak A je kan..padahal..hado jeee...

Just saja-saja nak share cerita, bagaimana pah capai cita-cita pah ni..Tapi dengan izin Allah jugak la alhamdulillah...

Ok susah jugak la nak start tapi, untuk entry kali ni rasa macam nak make it short and simple.

Baik, Pah start dengan melangkah ke alam unibersiti la..

Setelah berhempas pulas belajar masa SPM(walaupun tersasar bidang), pah berjaya jugakla masuk U.

Opkos la bidang yang Pah ambik MasComm.. eh Hai Masscommersssss..

gambar sumber google ye
Pah batch pertama kat Lendu Melaka, tahun 2006-2009.

Bukan senang ye jadi 1st batch, banyaklaaaaaa dugaann..tapi to be honest memang Pah rindu gilerr zaman kat Lendu dulu.. Insyaallah bila rajin nanti di post yang lain, Pah cite tentang Melaka tau..

Anyway, setelah 3 tahun kat sana, Pah berjaya sambung degree kat UiTM Shah Alam.

Terus sambung Journalism sebab masa tu hati memang dah tau suka menulis.

Ramai jugak member yang pelik sebab dorang mati -mati la ingat Pah nak sambung Broadcast sebab mulut ni macam popcorn.

Tapi rezeki dah kata Journ kan..Journ jela jawabnya..

Tapi ini pun best jugak.

Walaupun kelas ktorang kecik je dalam 20+ students. tapi ktorang memang enjoy abiss..

Setiap sem ktorang berjalan je kejenyaaa..Perak, Penang...Rindu MC221 C.. isk isk..

 
Antara Puteri MC221 C
Untuk cerita kelas ni pun akan ada entry lain sebab BANYAK sangat cerita nak share pasal dorang ni..memang semua sayang..kahwin Pah hampir semua datang.. lap u lahhh guysss...

Then setelah berjaya mengradkan diri, Pah pun menganggur hampir 6 bulan sebelum berjaya dapat keje.

Lagipun masa tu Arwah Led baru meninggal, so jagala mak and adik2 jap.

Setelah menunggu,  hantar resume sana sini, Pah berjaya dipanggil untuk interview satu program anjuran Media Prima iaitu Journalism Editorial Training Scheme, JeTS.

Alhamdulillah, dalam lebih 100 orng yang datang interview, Pah berjaya dipilih.

Masa tu rasa bersyukur tak tahu nak cakap, Walaupun sedih sebab ada kawan Pah disingkirkan di saat akhir, tapi now dia lagi bagus dari Pah dah pun.

dalam JeTS ni ada 20 orang rasanya. 10 untuk newspaper which is NST dan 10 untuk TV.

Ktorang training dalam 5 bulan - 3 bulan kelas dan 2 bulan attachment di TV and NST.

Macam-macam pengalaman yang Pah dapat. Jumpa macam2 orang yang sangat experience dalam bidang ni.

Sangat best ok!

Ini gambar masa JETS Graduation Night. Rindu!
 
Habis je Graduation night ni, selang sehari terus masuk keje.

Syukur sangat, berjaya tempatkan diri ke salah satu stesen TV.

Actually, tak semua dapat kerja so ktorang sedih jugak la sebab ada kawan-kawan yang kena cari keje lain pulak.

Tapi dorang pun dah bina kerjaya yang best jugak so gitulaaa..

Niat hati nak tunjuk laporan dan standupper pertama masa attachment kat stesen TV dulu, tapi line macam tak mengizinkan pulak untuk video diupload.. hehe..

Next time la Insyaallah ye..

Sesiapa yang baca ni, and kenal orang-orang yang Pah sebut and ada gambar di atas, Pah nak cakap, yang Pah memang sayang sangat la kat dorang ni.

Sebab along the way Pah sedang cuba mencapai cita-cita dan membina kerjaya ni, Pah banyak dapat pertolongan dan susah senang bersama dorang semua ni.

Yela, mana ada benda yang datang bergolek dengan mudah kan, so usaha is the key to the success.

Ok la..mata dah ngantuk, suami pun dah berdengkur bersama aniqzafran..

Nanti Pah cerita lagi tau..Salam

Love,

Pah.

Sunday, October 12, 2014

Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...

Salam,

setelah updated kononnya pada februari aritu...pah kembali senyap ye..acah acah nak keep updated la poyo'an'nya...padahalll..hado jerrrr...

Anyway, insyaallah doakanlahh pahn kembali update semula..ingin juga beraktif di laman blog seperti yang lain..bukan mengejar populariti tetapi nak berkongsi kisah hidup yang ada turun naiknya seperti insan lain jugakkk. :)

Well, pah harap ini permulaan yang baik untuk pah insyaallah..

ni nak ceritala sikit tentang diriku yang kerdil ini gitewww..

Pah seperti wanita lain  jugak, ada suami, anak dan keluarga. Dan pah jugak adalah ibu yang bekerjaya dan alhamdulillah masih breastfeed anak yang sekarang ni 1 tahun 6 bulan. Hai Aniq! tetiba! hehe

Tapi kerja Pah tidakla semudah seperti kerja pejabat yang pegi pagi, and pukul 6 dah keluar ofis mengadap jem..

Pah masuk keje pukul 10am dan balik after 8.30pm. Apakah kerja saya?? jeng jeng jenggggg.. ;p

Tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan Pah dengan mempunyai seorang suami yang memang memahami dan mak yang supportive untuk membantu menjaga anak Pah yang SUPER ACTIVE.

Kadang2 memang rasa stress, sedih dan macam2 la..tapi bila kita kembali padaNYA, memang semua perasaan tu boleh slowly fade away.

Tapi ada jugak fikir, sampai bila laaa nak kerja lebih 11 jam cam gini ye dok? takpelaa ada rezeki nanti insyaallah mana tahu boleh buka bisnes sendiri. doa2 kan la ye.

ok la nak akhiri entry hari ini dengan gambar epic setakat ini untuk family kecil Pah..

thanks for reading u olllss..

chiao,
Pah