Thursday, October 23, 2014

Siapa sangka, cempedak jadi nangka..

Bismillahirrahmannirrahim...

Title post nak A je kan..padahal..hado jeee...

Just saja-saja nak share cerita, bagaimana pah capai cita-cita pah ni..Tapi dengan izin Allah jugak la alhamdulillah...

Ok susah jugak la nak start tapi, untuk entry kali ni rasa macam nak make it short and simple.

Baik, Pah start dengan melangkah ke alam unibersiti la..

Setelah berhempas pulas belajar masa SPM(walaupun tersasar bidang), pah berjaya jugakla masuk U.

Opkos la bidang yang Pah ambik MasComm.. eh Hai Masscommersssss..

gambar sumber google ye
Pah batch pertama kat Lendu Melaka, tahun 2006-2009.

Bukan senang ye jadi 1st batch, banyaklaaaaaa dugaann..tapi to be honest memang Pah rindu gilerr zaman kat Lendu dulu.. Insyaallah bila rajin nanti di post yang lain, Pah cite tentang Melaka tau..

Anyway, setelah 3 tahun kat sana, Pah berjaya sambung degree kat UiTM Shah Alam.

Terus sambung Journalism sebab masa tu hati memang dah tau suka menulis.

Ramai jugak member yang pelik sebab dorang mati -mati la ingat Pah nak sambung Broadcast sebab mulut ni macam popcorn.

Tapi rezeki dah kata Journ kan..Journ jela jawabnya..

Tapi ini pun best jugak.

Walaupun kelas ktorang kecik je dalam 20+ students. tapi ktorang memang enjoy abiss..

Setiap sem ktorang berjalan je kejenyaaa..Perak, Penang...Rindu MC221 C.. isk isk..

 
Antara Puteri MC221 C
Untuk cerita kelas ni pun akan ada entry lain sebab BANYAK sangat cerita nak share pasal dorang ni..memang semua sayang..kahwin Pah hampir semua datang.. lap u lahhh guysss...

Then setelah berjaya mengradkan diri, Pah pun menganggur hampir 6 bulan sebelum berjaya dapat keje.

Lagipun masa tu Arwah Led baru meninggal, so jagala mak and adik2 jap.

Setelah menunggu,  hantar resume sana sini, Pah berjaya dipanggil untuk interview satu program anjuran Media Prima iaitu Journalism Editorial Training Scheme, JeTS.

Alhamdulillah, dalam lebih 100 orng yang datang interview, Pah berjaya dipilih.

Masa tu rasa bersyukur tak tahu nak cakap, Walaupun sedih sebab ada kawan Pah disingkirkan di saat akhir, tapi now dia lagi bagus dari Pah dah pun.

dalam JeTS ni ada 20 orang rasanya. 10 untuk newspaper which is NST dan 10 untuk TV.

Ktorang training dalam 5 bulan - 3 bulan kelas dan 2 bulan attachment di TV and NST.

Macam-macam pengalaman yang Pah dapat. Jumpa macam2 orang yang sangat experience dalam bidang ni.

Sangat best ok!

Ini gambar masa JETS Graduation Night. Rindu!
 
Habis je Graduation night ni, selang sehari terus masuk keje.

Syukur sangat, berjaya tempatkan diri ke salah satu stesen TV.

Actually, tak semua dapat kerja so ktorang sedih jugak la sebab ada kawan-kawan yang kena cari keje lain pulak.

Tapi dorang pun dah bina kerjaya yang best jugak so gitulaaa..

Niat hati nak tunjuk laporan dan standupper pertama masa attachment kat stesen TV dulu, tapi line macam tak mengizinkan pulak untuk video diupload.. hehe..

Next time la Insyaallah ye..

Sesiapa yang baca ni, and kenal orang-orang yang Pah sebut and ada gambar di atas, Pah nak cakap, yang Pah memang sayang sangat la kat dorang ni.

Sebab along the way Pah sedang cuba mencapai cita-cita dan membina kerjaya ni, Pah banyak dapat pertolongan dan susah senang bersama dorang semua ni.

Yela, mana ada benda yang datang bergolek dengan mudah kan, so usaha is the key to the success.

Ok la..mata dah ngantuk, suami pun dah berdengkur bersama aniqzafran..

Nanti Pah cerita lagi tau..Salam

Love,

Pah.

No comments: