Wednesday, October 29, 2014

REZEKI

Assalamualaikum...

Sesaje nak berborak di kala hati sedang memikirkan sesuatu..so saje la nak share..

Title tu pun korang dah boleh agak kan apa yang Pah nak share..

Yela, rezeki setiap manusia, Allah bagi dalam pelbagai cara..
Bukan sahaja duit, kasih sayang pun satu rezeki yang tak ternilai harganya..
Peluang dalam pekerjaan juga satu rezeki..

Pah pernah la ada one time tu rasa dowwnnnn sangat..
Sebab rasa kadang-kadang kehadiran dan kebolehan yang ada tak dipandang..
Bila dah down macam tu, mulalah syaiton masuk daun..
Suntik pelbagai perasaan buruk dalam hati Pah ni...

Masa Pah down tu Pah mula nak salahkan, aku ni tak dapat peluang sebab aku kawin awal ke?
Adakah disebabkan itu orang tak percaya aku boleh buat?
Adakah sebab aku tak cantik...?
So macam-macam la benda buruk yang Pah fikir, which is sometime lead to not being grateful. Masyaallah.

Tapi Alhamdulillah Pah dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat POSITIF..
Allah tu Maha Adil..
Bila Pah cakap kat hubby, dia banyak bagi semangat..
Bila nangis dia biar je Pah nangis, suruh Pah lepaskan perasaan bagi lega..
Minta Pah sabar, terus usaha, dan berdoa..

Alhamdulillah bila sampai satu masa, memang Pah dapat apa yang Pah nak buat tu..
Memang la diakui tak sebagus orang lain, tapi practice makes perfect kan..

Lepas peluang pertama tu, Pah dapat lagi peluang-peluang yang seterusnya..
Lama-lama ada yang dah mula puji (serious bukan minta puji sebenarnya) dan nampak kebolehan ni..
Syukur...

So Pah nak cakap kat sini,
Tak salah kalau kita mengharapkan sesuatu tu, TAPI;
Kena sabar, Kena usaha dan kena percaya pada REZEKI...

Kalau Allah dah kata, rezeki tu kita punya, memang kita punya..
Kalau dah memang bukan rezeki kita, kita sedia macam mana pun,
pasti ada halangan..

Ini antara kenangan dan pengalaman yang Pah dapat dalam industri ini..
Memang banyak duri dan ranjau tak dinafikan..
Tapi sekurang-kurangnya Pah pernah pijak duri tu, tapi berjaya cabut duri tu pelan2, dan bangun jalan balik..
ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI...

Jadi untuk sesiapa di luar sana,
Jangan bagi perasan PHD(hasad dengki) orang lain, jatuhkan semangat kita..
Jadikan itu semangat dan dorongan..
Pandang sesuatu masalah tu dari sudut positif...

Insyaallah lama-lama hati kita tenang, hidup kita happy..
Dan yang penting muka kita ni maintain MUDA..GITCHUUU..

Baik la Insyaallah sampai sini je tau..
Nanti rajin, bebel lagi sekali..



Salam Ceria,

Pah.



No comments: