Monday, October 27, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum and salam hujung minggu...

Yela, bukan selalu pun dapat cuti hujung minggu kan..alhamdulillah dapat spend time dengan suami dan pakcik kecik, aniqzafran...

Sempena Awal Muharram yang disambut semalam, jadi sajala nak kongsi-kongsi cerita dan luahan rasa hati gitu..

Awal Muharram ni kira permulaan tahun bagi tahun islam la kan..so i'm pretty sure, ada yang dah buat azam baru, yang berHIJRAH dan sebagainya..

Ala samala macam masuk tahun baru pun kan, semua nak buat azam, tapi tak semua kita berpeluang nak laksanakan. ikut rezeki masing-masing la kan.

Anyway, Pah pun ada jugak berazam. Yela, sebagai seorang perempuan muslim, memang la pakai tudung dan menutup aurat adalah WAJIB. Tapi kita semua tidak sempurna, masih ada kekurangan di sana sini. Pah pun macam tu jugak.

Sekarang ni Pah tengah belajar2 nak berhijrah ke arah yang lebih baik, Tapi detailnya biarla Pah simpan sendiri sebab takut sangat2 kalau ada sesiapa yang baca nanti, dah keluar anggapan lain. Tak pasal2 timbul dosa lain pulak ye dok?

Tapi mohon la semua doa-doakan Pah berjaya capai azam Pah untuk berhijrah tu. Cuma sekarang Pah tengah cari Guru agam/Ustazah dll.

Kalau ada sesiapa nak suggest atau kenal Guru/ kelas agama yang boleh Pah join, feel free untuk email Pah di syazahirah@gmail.com

Insyaallah sama-samalah kita berkongsi ilmu dan pengalaman :)

*entry ni sebenarnya semalam dah taip elok2 tapi tertido masa susukan aniqzafran so hari ni baru dapat publish. hehe..

Love,
Pah Zahirah.

No comments: