Wednesday, May 6, 2015

Cerpen?? Rindu jugak..

Assalamualaikum..

Tangan kembali mengetuk keyboard..tapi bukan keyboard warrior..ihik ihik *gelakgatai*

Bila aniqzafran tidoq barulah boleh nak melayan blog..walaupun takda la org nak baca sangat tapi kalau boring2 boleh la sendiri baca..

Dalam dua tiga hari ni dalam kepala ni duk la mengarang beberapa cerita pendek a.k.a cerpen..
Nampak sangat rindunya tuu..

Last tulis cerpen masa study kat Lendu Melaka dulu tau..
Alhamdulillah masa tu menang jugak la tempat pertama Cerpen Pendek Hari Kebangsaan..
Tapi yang tak bestnya karangan itu dah hilang ler pulerrr..
So mari la kita start yang baru..


KAU JODOHKU

Masih terngiang-ngiang suara ayah mengamuk di ruang tamu malam semalam. Rasa takut, kesian dan sedih bercampur baur.
       " Mana ayah nak letak muka ayah?!!!"
Mak nampak tertunduk dan sesekali menyapu air mata yang mengalir di pipi.
Aku? terdiam kaku. Tak tahu reaksi apa yang perlu ku beri.
Salah langkah pasti mengundang satu lagi kemarahan ayah.

      "Leeya, macam mana boleh jadi macam ni?!! Kenapa Kak Tira buat keputusan mengejut macam ni? Apa ayah nak jawab dengan Uncle Syed?
Kemarahan ayah tiada tanda reda langsung. Tangannya kemas memegang salinan email yang adikku Emir berikan padanya selepas makan malam tadi.

      Assalamualaikum Ayah,

Tira tahu kehadiran email Tira ini akan menyusahkan hati semua orang dan pastinya akan melukakan hati ayah dan mak, Tapi Tira rasa Tira berhak tentukan hidup Tira demi masa depan Tira ayah, mak. Maafkan Tira ayah dan mak. Tira tak boleh teruskan pertunangan dengan anak Akif. Tira sudah jadi isteri orang. Ya ayah, maafkan Tira. Tira dah bernikah dengan teman sekolej Tira di sini. Tira bahagia ayah. Tira pasti ini yang terbaik untuk Tira. Maafkan Tira ayah, mak.

                                                                          Salam Sayang dari jauh 

Aku telan air liur. Kena susun ayat betul-betul ni. Nanti aku kena sembur, tak pasal je.

       "Urmm..masa Leeya skype dengan kakak hari tu, kak Tira takde cakap ape-ape ayah. Sumpah Leeya tak tahu."

Ayah melangkah meninggalkan semua terpinga-pinga di ruang tamu. Air mata mak gugur lagi.

.............................................................................................................................................................

      Masih aku ingat betapa gembiranya ayah di hari pertunangan Kak Tira yang berlangsung seminggu sebelum Kak Tira menyambung pelajarannya ke UK, dua tahun lalu.
 Hasrat ayah untuk berbesan dengan Uncle Syed termakbul juga.

    Di pelamin kecil yang serba biru, Kak Tira nampak biasa saja. Jubah longgar berwarna kuning cair cantik nampak dipakai Kak Tira. Raut wajahnya tiada tanda-tanda menolak.

     Yela lagipun Kak Tira dan tunangnya, Syed Akif bukannya orang asing. Mereka dah kawan dari kecik. Aku pun memang kenal sangat dengan abang Akif tu. Cuma dia lebih rapat dengan Kak Tira sebab mereka sebaya.


   'Ini memang kerja gila', bisik hatiku. Tapi demi menjaga maruah ayah dan menghilangkan kesedihan mak dan mengembalikan kemeriahan rumah ni yang sunyi sejak kehadiran email Kak Tira Isnin lalu, aku beranikan diri.

    'Tok Tok Tok'. Perlahan ku ketuk pintu bilik ayah dan mak.
Kesederhanaan dekorasi dalamannya membuatkan hati tenang namun ia tidak mampu menenangkan hati ayah yang kerunsingan.

    "Ayahhhh..perlahan aku memanggil.
Ayah berpaling dari sudut bacaannya.."Kenapa Leeya?Dah lewat ni tak tidur lagi? Ayah letak buku yang dipegangnya dan beralih duduknya menghadapku.

Ku tarik nafas dalam-dalam. "Biar Leeya yang ganti tempat Kak Tira je ayah. Demi jaga maruah keluarga kita. Demi nama baik ayah". Fuuhh legaaa.. Tiada sesalan. Itu doaku.

 Ayah nampak terkejut. Terbeliak matanya. Mak yg baru keluar dari bilik air turut tersentak.
Ayah tergamam. Terus aku diraih ke pelukan. Dan ku rasakan satu tangan lembut mengusap rambutku dan satu ciuman hinggap di kepalaku. Mak dan ayah gembira.
.............................................................................................................................................................

     "Aku terima nikahnya Ashfa Aleeya binti Amirudin, dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai".
Sah!Sah. Alhamdulillah.

   Ya Allah, menginjak umurku 23 tahun, aku telah pun bergelar isteri. Siapa sangka. Ya Allah permudahkan perjalanan ini.

   Peluh memenuhi segenap ruang di tubuhku. Aircond yang mengisi ruang dewan kecil itu tidak dapat menghilangkan debar di dadaku.

Sejak persetujuann ku dua minggu lalu, ini kali pertama aku bertemu Abg Akif. Ya selama ini aku hanya memanggilnya Abg Akif kerana dia sungguh rapat dengan Kak Tira. Tapi mereka tidak bercinta. Kak Tira sungguh rapat denganku jadi sebarang jalinan perasaan pasti aku tahu. Di pihak Abg Akif, aku tidak pasti. Jarang sungguh aku berbual dengannya kerana setiap kali dia hadir di rumah, aku pasti tidak berkesempatan untuk berbual dengannya kecuali di meja makan.
    Bukan aku pendiam. Tapi entahla. Aku sendiri tidak pasti.

Abg Akif meraih tanganku untuk menyarung cincin dan mencium dahiku. Ya Allah, dia halal buatku Ya Allah, ini bagaikan mimpi.

.............................................................................................................................................................

Sungguh janggal rasanya. Aku melihat segenap ruang bilik ini. Ringkas sungguh susunannya. kombinasi hitam putih yg mendamaikan. Tidak terlalu sarat dengan hiasan.

   Baju tidur kelawar lengan panjang warna hitam ku sarung bersama tudung merah jambu. Aku masih kekok dengan rumah ini. Secara tiba-tiba pintu bilik itu di kuak. Terkejut bercampur debar.

   Dia memandang tajam ke arahku. Tak tahu apa ertinya. Langkahnya perlahan dan akhirnya melabuhkan punggungnya di sisi katil. Betul-betul tidak jauh dariku.

   "Kenapa Leeya korbankan diri untuk menjadi pengganti?" perlahan suaranya. Tiada tanda marah.
Legaa..secara tidak sedar kelegaan itu buatku tersenyum.

"Eh orang tanya dia senyum pulak?" gumamnya.

"Aaa? saya senyum ek?" aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jawab soalan Abg Leeya. Abg nak dengar dari mulut Leeya supaya setiap langkah Abg selepas ini tidak akan melukakan sesiapa.

"Leeya buat ni demi keluarga Leeya. Demi persahabatan yang terjalin antara family kita. Leeya tiada niat lain.

Dia menghela nafas panjang.

"Leeya terlalu muda untuk abg sia-siakan masa depan Leeya. Abg tak tahu apa Abg patut buat sekarang. Bagaimana untuk Abg mulakan hidup Abg dan Leeya. Apa masa depan kita, sungguh Abg buntu". Abg Akif meraup wajahnya.

Tidak tahu mengapa mataku tiba-tiba berkaca. Kecewakah hatiku? Sedihkah aku?

"Leeya minta maaf sekiranya tindakan Leeya merosakkan impian dan masa depan Abg Akif.

Dia bangun terus ke katil dan menghenyak tubuhnya ke tilam empuk, namun badannya dihalakan ke almari.

Aku bagaikan patung, berdiri. Kepalaku melayang.

.............................................................................................................................................................

Subuhku dikejutkan oleh bunyi dari bilik air. Abg Akif dah bangun dahulu. Ku lihat baju ku masih sama, tiada perubahan. Perlahan ku helakan nafasku. Moga perjalanan bahtera perkahwinan ini dipermudahkan Ya Allah, doaku dalam hati.

.............................................................................................................................................................

  Perjalanan aku ke ofis kini tidak keseorangan lagi. Abg Akif beria ingin menghantar dan menjemputku walaupun aku menghalangnya.

"Ini tanggungjawab abg, jangan degil Leeya." Tegasnya.

Setibanya aku di ofis, ayah memanggil aku ke biliknya.

"Ada tanya suami kamu, boleh ke tak kamu terus keje Leeya? Kini raut wajah ayah lebih tenang dan senyum terukir di bibirnya.

"uaarrggghhh" Eh alamak..macam mana boleh menguap pulak nii? Aku sengih seperti kerang busuk.

"Amboi tahu la baru kawin, bercakap dengan ayah pun boleh menguap. Mengantuk betul ye Leeya".

"Apela ayah ni. Leeya tak boleh tidur sebab tempat baru kan. Leeya tak dapat peluk bantal busuk Leeya. Ayah yang tak bagi bawa hari tu." Aku bela diri. Tapi memang pun. Aku memang sukar untuk tidur. Rasa kekok masih ada. Ayah tak tahu yang anaknya ni masih dara.

Ya, abg Akif masih belum menyentuhku. Katanya mahu memberiku masa. Entahla.

"Abg Akif takde masalah ayah. Dia ok je. Dia bg Leeya keje.

"Leeya, Leeya bahagia tak?. Ayah tak paksa Leeya kan? Ayah mengusap pipiku.

"Tak ayah. Leeya bahagia. Senyumku. Paksa.

.............................................................................................................................................................

"Esok Abg nak pergi outstation."

Aku tergamam. So??? Tak minta kebenaran aku kan? Ape la dia ni.

"Nak ikut ke? tanyanya.

"Eh taknak la. Leeya banyak kerja. Lagipun Leeya dah janji nak jumpa kawan Leeya hujung minggu ni."

Dia berpaling ke arahku. "Nak jumpa kawan?Kenapa abg tak tahu pun Leeya ada plan?

Ek??kena bagi tahu ek? Lantak la.. "Hurmm..Leeya nak jumpa classmate Leeya kat USM dulu. Dorang turun KL so Leeya nak jumpa la dorang."

"Leeya kena ingat, Leeya tu isteri. Kena minta izin suami kalau nak kemana-mana. Abg perlu tahu dan beri kebenaran." Tegas dan straight to the point.

"Ok boss. So boleh pegi ke tak ni?

"Pegi la. So abg tak jadila pegi outstation."

Ek laaaa..takkan dia ni nak ikut aku keluar pulak? "Kenapa tak jadi?

"Siapa nak hantar Leeya pegi jumpa kawan-kawan nanti?"

Laaa itu yg dia ni sibukkan. Aku ni bukan budak-budak tau. " Eh takpelaa..Leeya boleh pergi sendiri.
Kan Leeya ada kereta sendiri.

"NO! Abg hantar Leeya. Titik"

*Rolling eyes*

.............................................................................................................................................................

"Nak ambil pukul berapa nanti?

"Nanti Leeya call. Tq sbb tolong hantar.

Serayaku berlalu pergi.

.............................................................................................................................................................

"Rindunyaaa dengan korang. Aku terus meraih Dina dan Syira dalam pelukan.

Mereka yang ada di setiap ruang hidupku di USM dulu. Sungguh banyak kenangan kami. Mereka pasti terkejut dengan perkahwinan ku ini. Itu pasti.

"Hah??serius laa?? Leeya ko dah kawin??!! Sampai hati tak beritahu ktorang."

"Maaf korang. Dalam masa 2 minggu aku buntu, busy dan entahlaa. Serabut sangat masa tu. Siapa pun aku tak jemput. Semua kawan-kawan ayah dan mak aku je yang datang."

Ku ceritakan satu persatu pada mereka, mengharapkan kefahaman mereka terhadap situasi ku yang sukar ketika itu. Bermula dari email Kak Tira hinggalah hidupku yang telah hampir 2 bulan menjadi isteri 'diatas kertas'.

Usai cerita, aku diraih dalam pelukan mereka.

"Besarnya pengorbanan kau Leeya. Kami doakan yang baik-baik je untuk kau tau. Jom selfie nak?" Well, it's normal kan. hehe..

"Jap aku amik phone aku" Aku selongkar segenap ruang dalam handbag tapi tak jumpa phone. Ya Allah mana peginya.

Seraya aku tepuk dahiku, terus aku ternampak susuk tubuh itu sambil memegang Iphone6 Plus ku.

"Nak selfie tapi phone takde ye dikk?"

Amboi perli nampak. Usikannya ku balas dengan jelingan tajam. Aku bangun mencapai Iphone ku yang kemas dalam genggamannya.

"Tak nak kenalkan abg dekat kawan-kawan Leeya ke?

Sebelum sempat aku bersuara, kawan-kawanku telah dahulu memperkenalkan diri.

"Hai suami Leeya. Ktorang kawan baik Leeya. Saya Dina ni Syira.

"Oh hai..apa kabar? have fun yea. Dekat sejam jugak la cari isteri nak pulangkan phone ni. Dia ni bukannya nak say thanks pun." Dia kenyitkan matanya padaku seraya berlalu pergi.

Aku terus duduk dan pastinya seribu satu persoalan ku terima bagaikan hujan batu dari dua minah kepoh ini.

.............................................................................................................................................................

bersambung....















Tuesday, April 21, 2015

hati perempuan je ke?hati lelaki macam mana pulak? kah kah kah

Assalamualaikum..

MasyaAllah MasyaAllah..kesian blog ini kadang berupdate kadang idak..
Bila suka update, bila tak suka lantak kau laaa..gitchuuu
hehe..

Last rajin update Februari lepaih..Pastu pong pang pong pang tinggaiiiii..
Bukan takmau update tapi ada jeeeeeee benda nak kena buat..

So memasuki ke gerbang baru..
Tapi takpela..untuk yang tahu tu, tahu laa..yang tak tahu tu kita diamkan ajer..
Suspen tak? suspen tak?
Muka korang mesti macam ada aku kisah? hahahaha

Anyway, tengok tak tajuk di atas ittewwww..
Haaaaa..Yes YES!
Memang tengah gila nonton HATI PEREMPUAN.
Yang ada di slot akasia TV3 tuuu..




Tapi bukanlah menggila atau histeria dekat pelakon tu haa..
Pah minat jugak jalan cerita tu..
Sebabnya dah tertonton dari episod pertama so terus sangkutttt..




Disebabkan itu Pah duk la ulang ulang ulang tengok cerita tu..
Tak habis kat website tonton.com.my dekat blog2 yang ada cerita tu pun Pah follow..
What can I say is that = both of the character iaitu Tengku Zaril dan Yuhanis yang dibawakan oleh Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad tu memang menjadi..
Bagus pengarah dan team tu pilih dorang sebab nampak serasi..
Mia Ahmad tu boleh dikatakan bakal jadi pelakon wanita yang bagus dalam bidang ni Insyaallah ye Mia :)

Ok habis pasal itu..
Oleh keran ketidaksabarandihatikuini,
Pah pun pegila cari novel tu di merata-rata tempat..
Memang merata tempat yeee..Tak tipu..
Tapi memang tak jumpa..

Sampaikan ada satu insiden ni hahahaha..
Gelak dulu sebelum cerita..(memang perangai Pah sangat)..
Ada satu malam tu Pah minta Hubby singgah kedai buku dekat area rumah ni haa..
Disebabkan Pah tengah susukan aniq dalam kereta so Hubby jela yang keluar tanya kt orang kedai tu tentang availability buku berkenaan..



Situasi dalam kedai buku
Suasan kedai buku yang tidak terlalu bising dengan ada beberapa orang lelaki sedang membaca magazine kereta, photography dan majalah2 lelaki yang lain; tetiba dengar satu suara garau bertanya dekat di pekedai

Hubby: Bos, buku novel HATI PEREMPUAN ada tak?

Korang rasaaa???kah kah kahh
Tak ke nampak ape ke pelik benar badan tough, muka penuh janggut tapi cari novel HATI PEREMPUAN.hahahahhah..

For sure abang abang yang tengah membaca magazine area situ gelak besar TAPI DALAM HATI JELAA..
Mau kena gelak depan2 kaluuuu..Memang 10 tahun laa hubby Pah mungkin tak jejakkan kaki ke kedai buku tu walaupun TERPAKSA fotostat IC..hahhahah..

Tapi itula pengorbanan seorang suami ye dak?

Ok la nak sambung tengok episod hari ni sebab tadi masa tengok live kat tv tak fokus sebab aniq duk minta pish(nenen) dan tetiba masa tu jugak laaa dia nak yakkk..

So sampai sini je..kalau rajin update lagi..Tapi Insyaallah rajin sebab saya dah freee..ihik ihik..

Pah

Tuesday, February 17, 2015

Shooting Pertama - Nebes

Assalamualaikum..

Mesti korang dah muak dgr Pah asyik cite pasal business je kan..
Bukan apa saja la nak taip2 perjalanan permulaan pahit getir Azzar Aurah bermula..
Kot nanti ada rezeki nak melebarkan empayar ke luar negara,
haaa boleh la tunjuk entry lama *berangan*

Tapi memang tau masa awal2 tu mmg peningggg sangat nak cari tailor sebab kain dah beli..
Pusing2 KL and Sgor, surf kat internet tapi tak jumpa jugak laa yang sesuai..
Ada yang murah tapi jauh..Ada yang dekat tapi mahaii..
Last2 grab je ape adaa dekat area rumah akak titewww..

Jahitan memang cantik A++ TAPIIIIIII ada tapi tauuu..
Baju siap tak ikut deadlinee..
Boleh tak sehari sebelum nak shoot tu, 2 color je yang siap??
Abis tu nak shoot acanerrr?? ce cite ce citee..
OPKOS la Pah almost nak naik angin tapi berjaya mengawalnya Alhamdulillah.

So I called the owner of that tailor..rupanya dia tak sihat..
Staff dia pulak banglaa..tak faham katanyaa..
So Pah kata takpe, atleast siap selai for other 3 colors pun cukopp..

Because of that prob,Pah and hubby terpaksa laa berkejar ke sana sini pagi before shoot tu..
Rancang nak shoot pukui 12..
Tapi alih2 1pm baru boleh start..
Sampai tempat shoot, hubby setup lighting ape semuaaa..
baru boleh start...

Oh sebelom terlupaa...
Macam mana bleh jadikan Cik Fira bidan terjun sebagai model?
3 hari sebelum shoot, baru hubby confirm dh dpt studioo.
Abis tu..opkos la menggagau cari modelll..
Janji nak amik kawan baik Pah lagi sorang, Puan Anum Basyira tapi memikirkan dia suami and anak;
tak sampai hati la pulak nk susahkan dia last minute..
Cari model last minute, ko ingat ko calaqisya? ahaha..Brand pun hado hado jeeww..
Soooo whatsapp makcik iteww..nasib baik dia kata okk.. Alhamdulillah saye mung..





Pah sampai, siap gosok semua baju duluu..
Takkan nak shooting kedot kedott..
Sambil2 tunggu fira and akak Pah sampaii..
Oh akak Pah, Puan Angah adalah mekap retiss untuk model Pah tuu..
Tantek kan..pape nanti boleh contact dia..
On the same day pun, Puan Angah guna fira jadi model tudung dia..
Punya nak save adik beradik..sekali harung je shoot..TQ SO MUCH FIRA.


Ni Fira dan siap mekap semuaa..
Duk begar begar baju tudung dia semuaa..
Dia pun layankannn ajaa tauu..




Tadaaaa..tengok tuuu Fira bergaya bagaiii..
Oh yesss..Tu telinga, tangan, dan kaplaaa hubby Pah...
Dia yang shoot kan dgn penuh kasih sayang hahahah..

Gambar tu amik kat insta dia jee..
Nampak tak ada nama IG lagi kat situuu..
Memang Pah malaih, so print screen je kt IG diaa..wakakak

So sesiapa rasa nak shoot product, shoot family, shoot ape2 la studio or indoor boleh contact hubby Pah okayy..
Dia buat suka2 je sambil cari rezeki tambahan..
Rate dia Insyaallah  tak sampai 1k..
Itu Pah jamin..Tapi janganla sampai 24 shooting, rate below 1k jugekk..
Kuruih laki temann..hahhah

OK itu je nak share kali ini yeww..
Kalau ada salah silap harap dimaafi yaa..hehe


Photography by = archer_images
Makeup = Instagram gerobokzunozue atau zuezanuddin
Shawl model = gerobokzunozue

Tq semua yang membantu. Lebiuuu alll..

Friday, February 6, 2015

Ruby Blouse - by Azzar Aurah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu gituuuu..

Alhamdulillah dah masuk Februari kan..cepatnya lah haii masa ni..rasa mcm banyak je benda tak siap2..duk bertangguh ape nak siap..

Anyway, yang kenal Pah confirm la tau yang Pah dah start buat bisnes sendiri..Alhamdulillah tapi still belajar2 lagi ni ha..
Takut jugak ada tersilap ke ape ke kan..
Tapi yang penting niat tu ikhlas nak meniaga..
Mana tahu satu hari nanti rezeki menjadi seorang reporter tu tak lama kan..
Kena la ada backup dan perancangan..inisemuapoyo
hahaha,,,

Taknak la fikir buruk2 kan..tapi mungkin ada org akan cakap,
"orang nak buat, ko pun nak buat' like daa kann..
Tapi Pah pk mcm ni jela..Rezeki tu ALLAH yang kurniakan..
Kalau niat kita bermula tu betul, Insyaallah Allah permudah..gituuu kekdahnyaa..

So marila kte meng'share' sikit mengapa, kenapa,apebenda, why and so on Pah start nak buat baju sendiri..

Inspired by someone else. 
YES, that's true..Semua orang ada inspirasi, dan berjuang secara sihat kan..
So Pah pun begituuu..
Tak perlu la Pah cakap siapa sebab malu taknak orang tu segan pulak..LOL
Tapi melihatkan usaha dan sambutan yang mereka2 itu terima, buat Pah mcm proud kat orang2 ni..
Ya Allah betapa adilnya rezeki Allah itu pada seseorang apabila niatnya suci..Alhamdulillah
So yes, along the way Pah sedang belajar meniaga ni, ada juga Pah tengok dan menginspirasikan usahawan2 melayu malaysia yang berjaya..proud of them of course!
Apa yang penting semua usahawan yang Pah baca, percaya pada USAHA dan REZEKI ALLAH.
So Pah pun menerapkan perkara yang sama laa.Insyaallah

Keperluan
Mesti korang pelik..keperluan apakah meniaga ini?
Haaa..FYI, Pah still menyusu AniqZafran Alhamdulillah..almost 2 years dah..
Tipula kata tak penat..kadang2 stress jugak..
Bila aku nak sidai kain, situlaa ko nak nenen..
bila aku nk masa, lagi2 tengah tumis cabai..situ jugaklaaaa ko nak nenen!
Menjerit jugaklaa sanubariiii inii...Tapi pk2 fine..rezeki anak ok..fine..so tadah kat dia..
Itu belum lagi masa pi shopping complex..
Tengah nak pilih jam, pilih baju Aniq, kat SITU jugak laa ko pish pish bagai..
Oh 'pish' itu adalah please bahasa aniq..which Pah n hubby ajar dia dulu if nak nenen cakap 'nenen please' but Aniq ni pi suka suka hati diaa tukaq jadi pish..soo everytime nak nenen dia mmg cakap 'pish'
JAdi faham ya semua situasi itu..? ANDDD because of that, Pah prefer untuk pakai baju tak kira la tops and jubah dress ke, yang nursing friendly..Tapi awal2 dulu maybe sebab Pah malas..and malas and malas..so Pah tak jumpa2 bila cari baju especially blouse yang nursing friendly WITH affordable pricee..
So masa tu la ting!! dapat idea untuk buat sendiri blouse yang nursing friendly..

Aurat
Kalau korang tengok, nama company pun Azzar Aurah..
Means mmg Pah berniat untuk promote produk yang menutup Aurat..
Bukan, - Pah bukan orang BAIK. nanti ada pulak yang kata, mcm la ko baik sangat! Masyaallah.
Tapi Pah sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik setiap hari..Insyaallah.
Tak dinafikan mmg banyak dugaan, tapi Ustaz pernah cakap 'Dalam perjalanan menuju hijrah, Allah akan uji supaya nak kita lebih kuat" So Insyaallah kita sama-sama kuat ok..
Harap sgt dengan jual jubah, tops dan pakaian lain yang lebih menutup aurat, Insyaallah harap lebih ramai lagi nak cover aurat dengan baik lepas ni..Ameen,




Alhamdulillah..Setelah sebulan launch my first baby iaitu Ruby Blouse, sambutan baik dari customer..
More than half dah terjual..
Ada yang beli sampai 4 pasang....:))

Pah namakan baju pertama ni sempena nama mak Pah Puan Robeah..
Tapi orang panggil dia Ruby and Meah..
Cakap2 dgn hubby, 'kalau letak MEAH BLOUSE, ok tak..pastu ktorang gelakk..
Kang orang bayangkan mata buntang mak Pah tu kang, tak pasal semua lari..hahaha..love you mak.

So ktorang pilih RUBY BLOUSE.

Namun, disebabkan awal2 dulu tiada experience, and beli tanpa buat research..so material yang dibeli ni semua mahal2 belaka..
mula2 mmg tak sanggup nak jual mahal2 sebab Pah pun nk beli mahal2 pk 10 kali, tapi disebabkan cos tailor semua dgn material yg ohsem ni mahai, terpaksa laa letak RM85..isk isk..maafin sayaa..

Tapi Insyaallah next produk ni harga memang baeeekkk punyerrr sebab Pah jumpa tailor yang affordable dan material yang lebih baik dgn harga yang rendah..hehe






Yang selling fast adalah color pink..tinggal sehelai sajaa..syukurr..

Yang menjadi model ini adalah teman rapat sebilik masa Uitm Lendu Melaka dulu. Zafirah.
Tergesa2 jugak cari model last minute (padan muka)..So Fira jela yang available dan dekat dgn tmpt shoot so terus minta tlg dia..Alhamdulillah cantek dia pakai baju ni..:))

Nak share pasal experience shoot to lain kali jelaa.

Di entry yang lain Insyaallah.

Semoga lebih ramai nak beli Ruby Blouse ni lepas entry ni dipublish..wakakaka..-ok tu gurau.

Actually harap orang tak pk buruk lagi la ttg permulaan Pah untuk meniaga ni..Mohon keberkatan dari Allah SWT dan sokongan dari semua. :)

ok that all for noww..aniq dah bangun..tadi dia tidoq.
Assalamualaikum..


Love,
Pah Zahirah

Tuesday, January 27, 2015

Sedih, gembira..campur-campur

Assalamualaikum,

Yes, uhuk uhuk sekali lagi..entah ke berapa ratus kali laaa nak terbatuk kt sini..
Well i need to learn how to be so hardworking to write laaa..
Insyaallah, one fine day,  when i'm freeeeee...hehe..

Anyway, kepada sesiapa yang terlepas pandang, tidak tahu atau tiada instagrammm,
i'm truly blessed because i have my own business now. ya Allah syukur..
It's hard anyway masa nak start tapi seriously with a supportive partner which is my husband muah muah Azoe Azahir, Alhamdulillah i went through all the scaredness, unconfidentness adn semua ness laaa..

So i'm proudly present Azzar Aurah.


 
Masa start with preloved dulu takdela nervous sgt..preloved anyway..
Tapi seriously bila start business sendiri ni, memang nervous..tapi Alhamdulillah ada jugak rezeki sikit2..syukurrr..

Almost one month dah Azzar Aurah beroperasi and i'm truly bless with the warm support from my customers. 

We started with RUBY BLOUSE. I named it after my mother's name so that i can always feel her with me and of course she's a part of my business. My supporters as well. Thank you Mak, LOve u to the moon and back.

But honestly, it is not easy to handle all the customers. Ada macam2 perangai Masyaallah but i managed to handle it. fuhhh *flipshairintehtudung*

So now Azzar Aurah is in the middle of producing our affordable jubah which is no name yet. 

Later we will do  a contest to find the name ok..Insyaallah.

SOOOOOO..Tuka topik jap..

Mesti pelik kenapa Pah tulis english tetiba kan?

Well, this is just being me. Whenever i fell down or sad, automatically i'll write or talk in english. 
Go ask my husband, sometimes when we fight, he will talk in english, and being me with the kelam-kabutness-grammar-talker, i can speak good english when we fought. fuhhhh.. *againflipshairinmytudung*
Do know where the spirit come? LOL

Yes, i feel down.
Not because of family.
Not because of business.
But it simply because of FRIENDS.

YES. or should i call friend? haihh..

Yes, i know. family stays together and they are more important than anything in this world.
but we stil need friends kan?  

How can a person that use to be our close friend, can be someone who throw us away?
Sad la..
But knowing that it happened to someone else before me, i should be prepared right?
Tapi ya Allah i'm not ready.
And the best thing is i dont know what did i do..

Maybe this is a just a test and a hint for me to step down to where i stand right now and be ready to face another phase of my life.
Allah knows better.

This is just a test for me to be strong.
Syukur i have a small family.


Syukur i have beautiful FAMILY.


Syukur i have a amazing life. i have a job. Ya Allah. 
Make me a better person with the test that u give me. 

Well, think positive is the only way to calm yourself.
Think Allah is always the BEST way to avoid awful feeling and attitude.

I hope whoever read this, will stay positive and DONT think about what others said about you.
Lets be happy and smile.
Enjoy everything that we have while it last.

p/s: dont forget to follow Azzar_Aurah. :)

Love, 

Pah

Monday, December 22, 2014

Mat Senyum itu AniqZafran :)

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi dari blog ini barulah ni ha ada masa nak hapdet..
Bukan busy ape pun..balik keje pkul 8.30pm, pi amik AniqZafran kt umah angah pastu sampai rumah around 10-11 pm gitu..uruskan rumah semua, pastu dah ngantok..
pastu apa lagi..ok-saya-tido-bye la jawabnya...hehe..

Disebabkan ini kan blog mak mak gituu..jadi Pah nak cite pasal la pasal anak teruna ambo yang ACTIVE sorang ni..ANIQ ZAFRAN

Untuk cerita perkembangan Aniq sejak lahir tu, entry lain la Pah share sebab kali ni saje nk cite pasal mat senyum ni je..

Why we call him Mat Senyum is simply because he loves to smile..



Dalam 10 orang Pah and hubby jumpa, 9 akan cakap dia ni suka senyum..
"manisnya dia ni senyum", 'friendly nya boy ni" "your son has a very nice smile" bla bla bla
Well, he's my son guysss... *kipas2tudung* hehe
Alhamdulillah Syukur.




Ada jugak yang ktorang jumpa tu tanya mcm mana nak dapat baby suka senyum macam ni..
Well, i dont know..itu kurniaan Allah swt..

Tapi mungkin jugak la kan, tak pasti tapi ini teori yang Pah boleh bagi la..
Masa Pah preggy dia, Pah selalu hang out dengan ex-colleague Pah, dia dah pi study obersea nunn..
Kak Cheka ni suka buat lawak and sgt outspoken and suka cakap dgn baby dalam perut Pah..
In a way Pah memang confirm la akan gelak everytime Kak Cheka ni buat lawak sampaikan Kak Cheka panggil Pah ni target audience..hehe
Rindu Kak Cheka..
Mungkin jugak la sebab tu kan..
Tapi masa preggy AniqZafran memang Pah suka ketawa la konsepnya..Jadi itu mungkin membantu ye kawan2..

Anyway, cerita tentang senyum AniqZafran ni..
Kadang2 rasa takut la jugak sbb entah sape2 la si Aniq ni tegur..
Kang xpasal org tu suka kt dia, dukung2 ke ape..ooo no no no..
Saya kedekut anak ye hehe..except for those yang Pah kenal laa..
Better being protective than sorry kan? :)

Ada sekali tu ktorang tengah makan kat Meat Point TTDi, (our favourite restaurant), Aniq ni tetiba duk senyum and makan sambil pandang2 orang belakang..
Rupanya dia duk main mata dengan one chinese lady belakang Pah..
Pah takde la kisah sangat sbb dia kan memang friendly terlebih, so Pah biar jela..

Tapi before nak balik, chinese lady tu minta izin Pah and hubby nak usap2 kepala AniqZafran..
Very nice la that lady..Aniq ni pulak pi cakap melayu baekkknyaa..
"pipash pipash ( kipas)* yang bestnyaa..Chinese lady ni paham okkk..hahaha..
yang kongasamnyaaa..Aniq ni gigit straw pastu nak bagi that lady straw tu..
Motif ko nak???!! malu ibu nak oii..itu kongasam namanya nakk..dont do that yee..hahaha..

Well, banyak la sbnrnya cerita si Aniq ni menggunakan teknik senyum dia tu untuk ngorat..
Siap anak dara cun cun je semua yee..
hamboi sangat dia tuuu...

Tapi sekarang ni dia tgh ada pe'el sengih gini...


Tapi kelakar tau bila tengok dia sengoh macam tu depan2..ni Pak dia la ajaq ni..
Azahiaq ni mmg suka ajaq bukan2 tau..hishh..
Tapi takpela..still comel nakk..

Now Aniq dah setahun 8 bulan dah..Masyaallah cepatnya laa masa berlalu..
Alhamdulillah la bertahan jugak la Pah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan dan ibu at the same time..
Tipula kalau cakap takde susah dan dugaan..
Kena outstation di saat Aniq takmau susu botol..di saat stok susu tak cukup..Ya Allah nasib baik la mak Pah ada nak tlg handle..Tq Mak.. lebiuu..

Dalam apa pun yang kita buat, ingat je satu benda..
Satu-satu masalah tu pasti ada penyelesaian sebab semua yang berlaku atas kekuasaan Allah..
Dia yang beri masalah, Dia juga ada penyelesaian..percaya je padaNya..

Tapi nanti bila ada rezeki nak memberi Aniq adik, maybe Pah akan consider semula kerjaya yang Pah sayang ni..
Sebab takkanla nak biar mak handle semua nii..Kesian mak Pah kann..
Insyaallah moga Allah permudahkan..Doakan ye..






Saya akhiri entry ini hari dengan gambaq selepie saya dan suami terchenta..
I sayang you dunia akhirat Insyaallah. Ameen.

Tatatititutu

Pah.

Thursday, December 4, 2014

sihat sebelum sakit, sihat selepas sakit, alhamdulillah

Assalamualaikum..

Setelah lebih seminggu tidak bersiaran..kini saya kembali Alhamdulillah..
Kesibukan mencari rejeki di kantor, membuatkan tergendala rencana untuk mengupdate blog ini..huhu

Well, seperti title di atas itewwww..
Memang Pah bau je baikkk dari ujian Allah iaitu sakit..
Bila sakit menyerang, barulahhhhh tahu apa itu nikmat sihat..
MasyaAllah, terima kasih Allah sebab beri kesedaran..

Actually Pah pun tak tau la dari mana, atau makanan apa yang masuk di perut gebu ni sampai boleh jadi muntah2, loya, fening etc etc etc since ahad lepas..
Nak kata mengendong, tak mungkin  sebab kak RED datang singgah..

Kebetulan Pah and hubby pegi kenduri..tapi pagi tu Hubby dah kena dulu..
Tapi hubby mmg ada problem sikit bila dia minum susu, so dia mmg akan berangin and loya, pening muntah lain macam..mmg ssh nak jaga dia bila dia kena sakit gituuu..

ni masa ktorang g kenduri, muka hubby tgh tahan sakit tp Pah boleh senyum konghajo tul..hehe

Tapi Pah dah lamaaaaaa gilaaa tak kena,..last masa sekolah rendah kot..

Tula dosa Pah kot..sebab masa hubby duk muntah2 and sakit (before and masa pegi kenduri tu) pah dah bebel  cakap kat dia dah..in a way mcm marah2 dia la jugak..
(kenapa makan cereal kalau tau nk angin la ape laa..annoyed la jugak dia kan..
dah la tengah sakit..dapat pulak isteri yang jadi DJ sambilan..

So Allah nak bg kesedaran kat Pah betapa teruknya rasa bila angin and loya gastric semua tu dtg menyerang, Allah bagi Pah rasa jugak sakit tu..

Subhanallah, memang teruk rasanyaa..Sorry ye syg.
Terus rasa nak sujud kaki hubby titew minta maap...



Begitulah keadaan Pah malam tu..
Bersandar kat toilet..
Masa preggy AniqZafran Pah takde morning sickness, so bila kena sakit camgitu, barula tau teruk perasaannyaaaa..

Tapi yang terharunyaa..
Pada malam itu, dengan hubby yang tertido kesakitan, dan Pah duk muntah2 berulang ke toilet,
AniqZafran sangattt independent tengok ABC kat iPad Pah..

YANG PALING TERHARU SEKALI,
tengah Pah duk teran2 nak muntah sambil panggil Hubby, tetiba rasa ada org usap kt belakang..
Serious ingat hubby tapi rupanya AniqZafran tau..
Ya Allah..nampak tau muka dia mcm kesian sambil usap2 tangan Pah tu..
Terima kasih ye Aniq..Ibu belanja toys baru nanti hehe..

Anyway, berbalik pada cerita sakit iteww..
Bila dah kena sakit angin mcm tu, ia berpanjangan tau..sampai 3 hari Pah MC sbb kepala pusing2 and makan apa pun rasa mcm tak leh nak masuk sbb angin penuh satu badan..

Siap kena amik darah la..ada doc yg suspek denggi..urrmm merepek tapi ku layankan ajaaa..
Kena drip sbb low blood kurang air..
Tggu lebih 2 jam klinik-hospital..
Last2 result denggi memang negatif.Alhamdulillah..
So kita pun balik rumah dengan MC sehari..

ni masa checkup kat tropicana hospital KD
After that, masuk keje, rasa tak sedap lagi..sebab rasa mcm berangin sgt badan..
So pegi klinik kt opis pulak nak minta ubat sapu je sebenarnya..
Tapi last2 doc bg MC 2 hari..
So itu yg total 3 hari tuu..

Doc kata ubat mmg kena makan tapi yang penting makanan berkhasiat pun kena makan..
So dengan penuh kasih sayang Mak masakkan moi dengan lada hitam and halia bagai ( ala ala makanan berpantang 44 hari oh tidakkkk), Alhamdulillah sangat2 dua tiga jam lepas tu, banyak angin keluar dr badan ( eeeuwww disgusting la pah ni...please jangan bayangkan apa2 okkk)

So now, baula Pah start buat keje rumah, dengan kain baju tak berlipat seminggu..
Kain penuh bakul nak basuh..haihh

So moral of the story, kena tgok betul2 apa yang kita makan,
Dan bersiap2 la utk hadapi sebarang kesakitan..
Tapi sakit itu penghapus dosa kecil kan, jadi Pah redha.. Insyaallah..

Harap2 dengan sakit2 begini, Pah akan lebih alert dan kuat..
Atleast Allah bg rasa sakit tu supaya kita lebih dekat dgn dia..
sebab bila sakit2 ni, mmg confirm2 la duk memanggil2 namaNya..

So korang jagala kesihatan tau..

itu je nak cakap kali ni.. babai..

kita akhiri dengan gambar family titew masa makan tak hengat dunia, dua hari sebelum kejadian sakit iteww...ok Salam.