Tuesday, November 4, 2014

BREASTFEEDING


Assalamualaikum..

Setelah beberapa hari tidaak bersiaran ekoran kesibukan (macamla sibuk sangat, menyibuk adala hehe), tapi now i'm back on track.

Well biasa la permulaan minggu banyak la nak kena update pasal keje, urusan peribadi etc.

Ni baru la ada masa nak menaip setelah dua hero hati Pah tu dah tidoq.

So hari ni just nak share tentang experience Pah sebagai ibu yang bekerjaya tapi alhamdulillah berjaya menyusukan AniqZafran secara penuh sehingga kini. Syukur.

Aniq ni bukan Pah and hubby tak pernah try bagi susu formula, tapi sebab dia memang menolak habisn-habisan semua susu formula dia takmau.

So Pah kena la usaha nak bagi banyak susu badan. Sebut je produk ape yang Pah tak pernah cuba. MOST of the product in the market i've tried. Dari pil sampaila ke cecair.

Ada yang stay dan ada yang Pah try sekali je. Banyak jugak yang berkesan. Antaranya Qaseh Gold, Choc Mamma Milky, Minuman Choc The Secret ape ntah, kurma, air kurma, madu.

Tapi sejak Aniq dah kuat makan ni, Pah susukan dia before pegi keje and malam je. Siang dia banyak main, makan dan minum air masak so dia taknak susu sangat Mak Peah kata. Jadi Pah dah tak amik ape2 makanan tambahan untuk penggalak susu badan.

Walaupun begitu, Pah still jugak la pam susu kat office sbb nak maintain stock dalam freezer. Incase kena outstation kaluuuu, ada la backup ye dok?

Ini summary perjalanan Pah sepanjang susukan Aniq since Julai 2013.

7 BULAN PERTAMA AFTER PANTANG(JULAI -DECEMBER 2013)
-Dengan kerja Pah yang tak tentu masa di office and selalu keluar assignment:
Pah akan pam 3 kali iaitu pada 12pm, 4.30pm dan 7.30/8pm (ikut pada kuantiti susu yang dah penuh dlm breast)
-Purata storage susu yang Pah akan dapat sehari adalah 10-15oz.
-Kalau terskip any of the time schedule, confirm breast akan rasa sakit sebab penuh gila.
-So Pah nasihatkan awal-awal tu kerap2 la Pam sebab lagi banyak kali kita Pam, lagi banyak susu yang kita akan dapat. Maybe boleh reach 20 oz mana tau kan rezeki?

Me and Aniq(3months)


JANUARI 2014 -JULAI 2014
-Since early this year sebab Aniq dah starty makan, susu Pah mmg dah kurang sebab dia jarang isap susu. Tapi Pah still pam macam biasa kat ofis, cuma dua kali sehari je.
-Kadang-kadang dapat banyak kalau kena dengan meal Pah for that day la. Tapi kalau tak makan or puasa, mmg susu alahaiiiiii..sian Naniq!

Aniq 6months

Aniq 3months


OGOS 2014 - NOVEMBER 2014
-So since afer raya aritu, memang susu maintain je. tak lebih, tak kurang still mencukupi untuk Aniq.
- pam sekali pun dpt 7-8oz, pam dua kali pun sama
- So now Pah dah start Pam sekali je which is 6pm/7.30 pm.

Ini cara Pah la. Setiapa orang lain caranya. Makanan tambahan memang tak dinafikan membantu tapi berdoa kepada Allah minta dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki untuk anak kita pun kena juga. Moga Allah redha kita terus beri susu pada anak kita.

So kat bawah ni Pah share sedikit info tentang breastfeeding and susu ibu ya.

Ni pun ada org share kat email Pah, so Pah tepek kat sini. If later2 nak refer balik, ada la kan..

hehe..

========================================================

Penghasilan & pengaliran susu yang tidak lancar akan menyebabkan sesetengah ibu mengambil masa yang agak lama ketika mengepam.

Susu yang dihasilkan masih lagi tidak cukup walaupun kerap kali pengepam.

Bagaimana susu dihasilkan ?

Secara mudah & ringkasnya begini:-

✔ Apabila direct breast feed atau mengepam ia akan merangsang saraf di bahagian puting.

✔ Rangsangan tersebut akan menghantar isyarat terus ke otak.

✔ Di otak pula, hormon yang berfungsi untuk menghasilkan dan mengalirkan susu terus ke bayi anda akan diaktifkan & memulakan prosesnya.

Dari proses tersebut, antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam penyusuan ialah:-

=========
1) Kestabilan emosi & mind set
=========
✔ Emosi yang stabil & mind set yang betul juga mempengaruhi tahap susu ibu.

✔ Emosi ibu perlu stabil dan ceria.

✔ Jika anda stress, cuba relaks dan amalkan teknik2 pengurusan stress kerana Stress yang berlebihan akan menggangu proses penghasilan & pengaliran susu.

✔ Selalulah berfikiran positif & yakin akan kemampuan diri untuk menyusui penuh bayi anda.

==============
2) Pemakanan seimbang
==============
✔ Pemakanan yang seimbang juga perlu dititikberatkan , lebihkan makan sayur-sayuran hijau (fresh) dan juga buah-buahan mentah.

✔ Sebenarnya pemakanan ini perlu di jaga semenjak awal kehamilan hingga ke waktu melahirkan, berpantang dan seterusnya.

✔ Bayangkan jika ibu kekurangan zat yang diperlukan, bagaimana mungkin susu boleh dihasilkan dengan lancar?

✔ Para ibu, boleh mengambil vitamin atau supplement yang bersesuaian dengan badan sekiranya perlu,

✔ Ia untuk membantu mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan.

Chiao,
Pah

No comments: