Thursday, November 13, 2014

Perkahwinan - Itu juga Rezeki

Assalamualaikum..
dan Salam Jumaat...

Alhamdulillah...moga Allah terima segala ibadah dan doa yang kita panjatkan padaNya. Insyaallah.
Tiada cerita menarik sgt la yang ingin dikongsi SEBAB saya keje sepanjang minggu. Dapat jugakla cuti weekend esok yahuuuuuu.. !! jangan jeles...(eh tetiba split personality pulop)

Adakah anda nampak tajuk di atas?
Yes...memang saja nak tulis pasal tu hari ini..

To be honest, since Pah belajar lagi, Pah selalula jadi Doctor Love..(gila takde kena mengena dengan ijazah yang ku pegang).. Tapi selalunya Pah layankan jugak sbb bukan apa kdg2 dorang ni just nak bercerita untuk hilangkan beban dalam kepala..so, sebagai teman, kawan etc, Pah layankan jugak la..hehe..WALAUPUN masa tu Pah single lagi..boleh blah tak?hahahahah

Ok2..

KAHWIN. yes, sounds good kan. Memang best la.
Tapi setiap orang yang nak kawin sebenarnya kena persiapkan diri sebab:
1- kita kawin bukan dgn suami kita saja, tapi dgn seluruh keluarganya.
2- dulu kita sorang, tapi kini berdua
3- kita manala boleh bangun lewat and megholoh macam dulu lagi dah (tapi kdg2 buat  jugak hehe)
4- setiap yang baik, pasti Allah datangkan ujian supaya kita selalu ingat padaNya.

Ok, Pah cita berdasarkan pengalaman sejak 2 tahun kawin ni la dan dengan apa yang Pah ada baca2 dari website, buku dan tengok video kat youtube tu..

Jika dulu mak dan led yang selalu jaga makan minum pah, pakaian, duit belanja, tapi bila dah kahwin hubby la yang kena jaga and at the same time kita pun kenala jaga makan minum dia kan..

Tapi sebagai isteri dan ibu yang bekerjaya, Pah cuma berkesempatan jaga pakai je tu pun kdg2 termiss jugak, hubby buat sendiri. Tapi Pah syukur sebab hubby memang ringan tulang. Love u yang! Kdg2 dia yang basuh and sidai baju. Pah lipatkan aje. sebab sibuk berkuntau dengan AniqZafran.hehe

Mengenali Pah yang sangatlah pendiam  peramah, so dulu sebelum kawin pah rajin la keluar lepak minum mamak malam2. selalu pegi karaoke. Tapi sejak kawin ni, Pah memang dah jarang sgt dah buat semua tu especially dah ada anak. Sebab AniqZafran kalau nangis malam2 memang taknak kat hubby so Pah yang uruskan dia.

Pernah juga kawan2 Pah tanya, tak rindu ke zaman2 karaoke and keluar malam. Ikutkan hati setan memang la nak cakap rindu. Tapi bila kita fikirkan balik, takpela..itu bila2 pun boleh buat. Family kurniaan Allah ni bukan semua orang ada. so Alhamdulillah Pah ada family kecil yang Allah bagi. SYUKUR!

Yang penting, jangan cakap "ala sejak kawin ni aku dah tak bebas and tak boleh nak keluar2 sangat la. rimas" BIG NO! jangan cakap macam tu tau...

Sebelum nak cakap tu fikir dulu. takut tersalah cakap, Allah tarik nikmat yang dia dah sedia bagi. Nauzubillah.

Perjalanan perkahwinan setiap insan PASTINYA berbeza mengikut rezeki yang Allah bagi. Ada yang kawin dgn suami kaya tapi hidup tak bahagia, suami tak setia. Ada yang kawin dgn laki cukup makan je setiap bulan, tapi lelaki setia, penyayang dan bertanggungjawab. Ada yang dapat lelaki hensem tapi tak bijak handle family, ada yang suami biasa2 tapi rezeki melimpah ruah dan mampu tanggung family sebaiknya.

Dalam apa jua keadaan, BERSYUKURLA. Sebab segalanya adala ketentuan dan takdir buat kita. Keharmonian dalam rumahtangga ni, kita sendiri yang corakkan. yang penting KOMUNIKASI mesti lancar dan jaga la hati pasangan kita ni.

Jangan bandingkan diri kita dengan kawan kita yang still bujang tapi hidup dia best sebab banyak duit, boleh gi jalan2 dan sebagainya.

Cuba pusing sedikit pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Ya Allah, aku dikurniakan suami dan sekarang anak pula, sedangka dia masih mencari, temukanlah dia dengan lelaki yang sebaiknya. Itu la doa Pah pada kawan2 Pah yang kadangkala ada yang sedih sebab masih sendiri.

Padamu Teman/Kawan/Sis,
Janganla sedih ya. Allah sedang mengujimu. Allah memberi peluang kepada dirimu untuk memilih dan sesungguhnya lelaki itu ada cuma belum ditemukan di hadapanmu.
Ingatlah Allah itu maha Penyayang lagi Maha Pengasih serta Adil.  :)


p/s: tentang Doc Love tu memang Pah tak tipu. sesiapa yang rasa nak share, boleh email kat Pah. Kadang2 Pah rujuk orang yang lebih arif juga. :) syazahirah@gmail.com



Bakal Isteri Mithali,


Pah.







No comments: