Thursday, November 13, 2014

Perkahwinan - Itu juga Rezeki

Assalamualaikum..
dan Salam Jumaat...

Alhamdulillah...moga Allah terima segala ibadah dan doa yang kita panjatkan padaNya. Insyaallah.
Tiada cerita menarik sgt la yang ingin dikongsi SEBAB saya keje sepanjang minggu. Dapat jugakla cuti weekend esok yahuuuuuu.. !! jangan jeles...(eh tetiba split personality pulop)

Adakah anda nampak tajuk di atas?
Yes...memang saja nak tulis pasal tu hari ini..

To be honest, since Pah belajar lagi, Pah selalula jadi Doctor Love..(gila takde kena mengena dengan ijazah yang ku pegang).. Tapi selalunya Pah layankan jugak sbb bukan apa kdg2 dorang ni just nak bercerita untuk hilangkan beban dalam kepala..so, sebagai teman, kawan etc, Pah layankan jugak la..hehe..WALAUPUN masa tu Pah single lagi..boleh blah tak?hahahahah

Ok2..

KAHWIN. yes, sounds good kan. Memang best la.
Tapi setiap orang yang nak kawin sebenarnya kena persiapkan diri sebab:
1- kita kawin bukan dgn suami kita saja, tapi dgn seluruh keluarganya.
2- dulu kita sorang, tapi kini berdua
3- kita manala boleh bangun lewat and megholoh macam dulu lagi dah (tapi kdg2 buat  jugak hehe)
4- setiap yang baik, pasti Allah datangkan ujian supaya kita selalu ingat padaNya.

Ok, Pah cita berdasarkan pengalaman sejak 2 tahun kawin ni la dan dengan apa yang Pah ada baca2 dari website, buku dan tengok video kat youtube tu..

Jika dulu mak dan led yang selalu jaga makan minum pah, pakaian, duit belanja, tapi bila dah kahwin hubby la yang kena jaga and at the same time kita pun kenala jaga makan minum dia kan..

Tapi sebagai isteri dan ibu yang bekerjaya, Pah cuma berkesempatan jaga pakai je tu pun kdg2 termiss jugak, hubby buat sendiri. Tapi Pah syukur sebab hubby memang ringan tulang. Love u yang! Kdg2 dia yang basuh and sidai baju. Pah lipatkan aje. sebab sibuk berkuntau dengan AniqZafran.hehe

Mengenali Pah yang sangatlah pendiam  peramah, so dulu sebelum kawin pah rajin la keluar lepak minum mamak malam2. selalu pegi karaoke. Tapi sejak kawin ni, Pah memang dah jarang sgt dah buat semua tu especially dah ada anak. Sebab AniqZafran kalau nangis malam2 memang taknak kat hubby so Pah yang uruskan dia.

Pernah juga kawan2 Pah tanya, tak rindu ke zaman2 karaoke and keluar malam. Ikutkan hati setan memang la nak cakap rindu. Tapi bila kita fikirkan balik, takpela..itu bila2 pun boleh buat. Family kurniaan Allah ni bukan semua orang ada. so Alhamdulillah Pah ada family kecil yang Allah bagi. SYUKUR!

Yang penting, jangan cakap "ala sejak kawin ni aku dah tak bebas and tak boleh nak keluar2 sangat la. rimas" BIG NO! jangan cakap macam tu tau...

Sebelum nak cakap tu fikir dulu. takut tersalah cakap, Allah tarik nikmat yang dia dah sedia bagi. Nauzubillah.

Perjalanan perkahwinan setiap insan PASTINYA berbeza mengikut rezeki yang Allah bagi. Ada yang kawin dgn suami kaya tapi hidup tak bahagia, suami tak setia. Ada yang kawin dgn laki cukup makan je setiap bulan, tapi lelaki setia, penyayang dan bertanggungjawab. Ada yang dapat lelaki hensem tapi tak bijak handle family, ada yang suami biasa2 tapi rezeki melimpah ruah dan mampu tanggung family sebaiknya.

Dalam apa jua keadaan, BERSYUKURLA. Sebab segalanya adala ketentuan dan takdir buat kita. Keharmonian dalam rumahtangga ni, kita sendiri yang corakkan. yang penting KOMUNIKASI mesti lancar dan jaga la hati pasangan kita ni.

Jangan bandingkan diri kita dengan kawan kita yang still bujang tapi hidup dia best sebab banyak duit, boleh gi jalan2 dan sebagainya.

Cuba pusing sedikit pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Ya Allah, aku dikurniakan suami dan sekarang anak pula, sedangka dia masih mencari, temukanlah dia dengan lelaki yang sebaiknya. Itu la doa Pah pada kawan2 Pah yang kadangkala ada yang sedih sebab masih sendiri.

Padamu Teman/Kawan/Sis,
Janganla sedih ya. Allah sedang mengujimu. Allah memberi peluang kepada dirimu untuk memilih dan sesungguhnya lelaki itu ada cuma belum ditemukan di hadapanmu.
Ingatlah Allah itu maha Penyayang lagi Maha Pengasih serta Adil.  :)


p/s: tentang Doc Love tu memang Pah tak tipu. sesiapa yang rasa nak share, boleh email kat Pah. Kadang2 Pah rujuk orang yang lebih arif juga. :) syazahirah@gmail.com



Bakal Isteri Mithali,


Pah.







Saturday, November 8, 2014

Tak rajin masak tapi nak jugak..

Salam..

Nampak tak title tu? haaa.. ya, Pah memang honest orangnya..hahahah
Actually, as a wife, siap yang taknak masak untuk hubby dia kan?
Tapi dengan keje Pah yang sebegitu, percayalah memang susah la nak cari masa nak masak..

Walaubagaimanapunnnnnn..Kalau hubby minta tlg masak sebab lapo di tengah malam, kompom la Pah terus sinsing lengan ke dapo.
Jadi nak dijadikan ceghita..balik dari gym semalam, hubby cakap dia lapa gilaa..

Pastu Pah pun pikior punya pikior, teringat ada ayam dah potong dlm peti ais..
So ape lagi dengan confidentnya Pah offer nak masak spaghetti goreng..
Tapiiii..disebabkan hanya offer je lebih ta;i masaknya tak gheti, maka encik google digunakan..

Pah tak ingat blog mana yang Pah tengok aritu tapi resepi dia la Pah follow..
Alhamdulillah kenyang hubby titew..(ewww titew????? hahahha)

Anyway, sebenanrnya masak ni senang.,,
Nak dengan taknak je sebenarnyaaaa...

Resepinya;

3 ulas bawang putih dan merah dihiris
200gm ayam dah siap potong
1 sudu sos tomato
1 sudu cili dah siap kisar (ikutla nak pedas ke idok)
3 sudu sos spagetti
sos tiram sesedap rasa
gula, garam, sedikit kiub ayam
sedikit spaghetti ( Pah guna angle hair sebab tu je yg ada kat umah)
black paper



First rebus spagetti tu dulu sampai empuk..pastu toss kan la dia seperti ini..



And then, kita start la menggoreng kuahnyaa..maafla yee gambar tumis enggak ada..
sebab kelam kabut Pah seorang diri di dapo..Hubby tengok katun kat hall rumah.. andd Aniq Zafran dan tido time ni.

Ok 1st, kita panaskan minyak, masukkan bawang..masak smpai naik bau pastu masuk 1 susu cili kisar..bila dah nampak berkilat dan masak, start la masukkan ayam..goreng sampai masak..pastu masuukan semua bahan2 lain tadi, sos tomato, sos spageti, sos tiram sikit, garam, gula, black paper, kiub pati ayam..

Pastu, rasa mcam dah awesome tu, dah siap masak yeayyy..






Rupa takde tapi alhamdulillah sedap..(puji diri sendiri pun takpe je)

Then hubby pun makan dengan seleranya Alhamdulillah.

Tu je nak share kat sini..

Moga korang punya masakan nanti ada rupa lebih baik dari Pah punya tau..hehe..

p/s: doakan la Pah tak salah buat keputusan yang bakal ubah hidup Pah. Insyaallah. Ameen.




Tuesday, November 4, 2014

BREASTFEEDING


Assalamualaikum..

Setelah beberapa hari tidaak bersiaran ekoran kesibukan (macamla sibuk sangat, menyibuk adala hehe), tapi now i'm back on track.

Well biasa la permulaan minggu banyak la nak kena update pasal keje, urusan peribadi etc.

Ni baru la ada masa nak menaip setelah dua hero hati Pah tu dah tidoq.

So hari ni just nak share tentang experience Pah sebagai ibu yang bekerjaya tapi alhamdulillah berjaya menyusukan AniqZafran secara penuh sehingga kini. Syukur.

Aniq ni bukan Pah and hubby tak pernah try bagi susu formula, tapi sebab dia memang menolak habisn-habisan semua susu formula dia takmau.

So Pah kena la usaha nak bagi banyak susu badan. Sebut je produk ape yang Pah tak pernah cuba. MOST of the product in the market i've tried. Dari pil sampaila ke cecair.

Ada yang stay dan ada yang Pah try sekali je. Banyak jugak yang berkesan. Antaranya Qaseh Gold, Choc Mamma Milky, Minuman Choc The Secret ape ntah, kurma, air kurma, madu.

Tapi sejak Aniq dah kuat makan ni, Pah susukan dia before pegi keje and malam je. Siang dia banyak main, makan dan minum air masak so dia taknak susu sangat Mak Peah kata. Jadi Pah dah tak amik ape2 makanan tambahan untuk penggalak susu badan.

Walaupun begitu, Pah still jugak la pam susu kat office sbb nak maintain stock dalam freezer. Incase kena outstation kaluuuu, ada la backup ye dok?

Ini summary perjalanan Pah sepanjang susukan Aniq since Julai 2013.

7 BULAN PERTAMA AFTER PANTANG(JULAI -DECEMBER 2013)
-Dengan kerja Pah yang tak tentu masa di office and selalu keluar assignment:
Pah akan pam 3 kali iaitu pada 12pm, 4.30pm dan 7.30/8pm (ikut pada kuantiti susu yang dah penuh dlm breast)
-Purata storage susu yang Pah akan dapat sehari adalah 10-15oz.
-Kalau terskip any of the time schedule, confirm breast akan rasa sakit sebab penuh gila.
-So Pah nasihatkan awal-awal tu kerap2 la Pam sebab lagi banyak kali kita Pam, lagi banyak susu yang kita akan dapat. Maybe boleh reach 20 oz mana tau kan rezeki?

Me and Aniq(3months)


JANUARI 2014 -JULAI 2014
-Since early this year sebab Aniq dah starty makan, susu Pah mmg dah kurang sebab dia jarang isap susu. Tapi Pah still pam macam biasa kat ofis, cuma dua kali sehari je.
-Kadang-kadang dapat banyak kalau kena dengan meal Pah for that day la. Tapi kalau tak makan or puasa, mmg susu alahaiiiiii..sian Naniq!

Aniq 6months

Aniq 3months


OGOS 2014 - NOVEMBER 2014
-So since afer raya aritu, memang susu maintain je. tak lebih, tak kurang still mencukupi untuk Aniq.
- pam sekali pun dpt 7-8oz, pam dua kali pun sama
- So now Pah dah start Pam sekali je which is 6pm/7.30 pm.

Ini cara Pah la. Setiapa orang lain caranya. Makanan tambahan memang tak dinafikan membantu tapi berdoa kepada Allah minta dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki untuk anak kita pun kena juga. Moga Allah redha kita terus beri susu pada anak kita.

So kat bawah ni Pah share sedikit info tentang breastfeeding and susu ibu ya.

Ni pun ada org share kat email Pah, so Pah tepek kat sini. If later2 nak refer balik, ada la kan..

hehe..

========================================================

Penghasilan & pengaliran susu yang tidak lancar akan menyebabkan sesetengah ibu mengambil masa yang agak lama ketika mengepam.

Susu yang dihasilkan masih lagi tidak cukup walaupun kerap kali pengepam.

Bagaimana susu dihasilkan ?

Secara mudah & ringkasnya begini:-

✔ Apabila direct breast feed atau mengepam ia akan merangsang saraf di bahagian puting.

✔ Rangsangan tersebut akan menghantar isyarat terus ke otak.

✔ Di otak pula, hormon yang berfungsi untuk menghasilkan dan mengalirkan susu terus ke bayi anda akan diaktifkan & memulakan prosesnya.

Dari proses tersebut, antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam penyusuan ialah:-

=========
1) Kestabilan emosi & mind set
=========
✔ Emosi yang stabil & mind set yang betul juga mempengaruhi tahap susu ibu.

✔ Emosi ibu perlu stabil dan ceria.

✔ Jika anda stress, cuba relaks dan amalkan teknik2 pengurusan stress kerana Stress yang berlebihan akan menggangu proses penghasilan & pengaliran susu.

✔ Selalulah berfikiran positif & yakin akan kemampuan diri untuk menyusui penuh bayi anda.

==============
2) Pemakanan seimbang
==============
✔ Pemakanan yang seimbang juga perlu dititikberatkan , lebihkan makan sayur-sayuran hijau (fresh) dan juga buah-buahan mentah.

✔ Sebenarnya pemakanan ini perlu di jaga semenjak awal kehamilan hingga ke waktu melahirkan, berpantang dan seterusnya.

✔ Bayangkan jika ibu kekurangan zat yang diperlukan, bagaimana mungkin susu boleh dihasilkan dengan lancar?

✔ Para ibu, boleh mengambil vitamin atau supplement yang bersesuaian dengan badan sekiranya perlu,

✔ Ia untuk membantu mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan.

Chiao,
Pah

Saturday, November 1, 2014

Kurus

Assalamualaikum..

MasyaAllah dah masuk November dah..tinggal lagi sebulan je nak masuk ke tahun 2015 okeyyy..
Cepatnya masa berlalu..entah dah capai ke belum azam tahun ni..Wallahualam..

Bila fikir2 balik, apa yang Pah dah buat sepanjang tahun 2014 ni ye?
Tapi macam mana pun, Pah memang nak bersyukur sebab dalam tahun ni, banyak jugak yang Pah dah capai rasanya dalam kerjaya..Alhamdulillah..
Mungkin tak banyak, tapi ada juga rasanya.. *senyum*

Tapi entry kali ni bukan nak Playback 2014 lagi ye..
Belum lagi nk flashback, throwback, go head gostan bagai..belum belum belum...

Sila lihat tajuk di atas..
Aaaaa tu yang nak cerita sikoit kat entry kali ni...

Kalau nak tahu sebenarnya Pah sejak kecik takdelah kurus naww..
Pernah jugakla gemsss, chubby dan plum..
Sampaikan Along Pah pernah panggil pah hyppo ye..


Yes inilah dia maskotnyaaa..
Kuang asam tol Along ni..Siap lekat kt pintu bilik i ollsss dulu tau..
Tapi oleh kerana itulah jugak Pah gigih kuruskan badan jugak lepas tu..
So masa form 2, Pah rajin puasa bulan Rejab, sambil2 diet, sambil2 cari pahala..

Tapi Alhamdulillah la..memang turun..
Takde gambar buat masa ini..
Kalau ada nanti Pah tepek kat sini k..

So, as i grow up, ada la naik turun badan ni..
Sebab Mak Meah masak sedap sangat, so Pah akan makan dengan jayanya di rumah..
Oh FYI, Pah memang dibesarkan dengan makan makanan di rumah sejak kecil sebab Mak Meah rajin masak..
So kadang di pam pam juga badan ini..

But bila Pah masuk UiTM Melaka, jauh dengan family so selera makan kurang so turun balik la berat ni..
Tapi takdela kurus sangat..
Kira masa U dulu Pah memang tak dipandang langsung la (sekarang pun sama),
Sampaikan dalam ramai2 kawan Pah dulu, Pah sorang je takde BF..
Tapi Alhamdulillah now dah ada hubby..

Tak tau korang macam mana kan, tapi badan Pah ni senang naik and senang turun jugak..
Bila Pah jaga makan betul2, kurangkan nasi, malam tak makan and minum banyak air suam,..
Badan Pah serta merta akan jadi macam Erra Fazira. OK TU TIPU SAJOOO..

Maksudnya badan Pah boleh turun la..
Kira pakai baju pun takdela nampak POM!hehe

Before nak kahwin dulu, Pah memang diet gila2..
Tanyala semua ofismate memang tau Pah tak sentuh nasi langsung..
Malam tak makan, minum milo je..Seminggu sekali je Pah skip diet and makan sesuka jiwa..

Sekali kau, nak kawin memang muat and longgar la pulak baju kahwin tu..hehe..
Kira berjaya la..PAH LA ORANG YANG PALING CUN...masa tu jela punnn..

Tapi bila dah kawin, sebulan lepas tu alhamdulillah terus preggy AniqZafran..
Start preggy berat Pah 49.5kg..
Sekali kau nak dekat beranak 67.5KG!!!
APAKAH INI?Baby tak mungkin sepoloh KG ye dok?

Nampak tak kegemukan melampau kat situ?


Tapi berkat jagaan yang awesome dari Mak Meah, dan tahan perut dengan bengkung bagai...
Saya berjaya menurunkan 15 KG dalam masa seminggu..gituuu..
Kira after bersalin, memang dapatla balik berat lama..
Dengan menyusu AniqZafran lagi..memang kurussss..

Aniq 2bulan.kurus. *flip tudung*

 Tapi now susu badan dah mula kurang, so badan pun cepat naik balik..
Oh  anyway, ni nak habaq mai..
Pah ni ada satu perangai..
Bila rasa badan naik, memang Pah cepat naik angin/marah/badmood..

Tak tau la kenapa..Maybe sebab stress ataupun rasa diri ini buruk..entahlaa..
Hubby dah tau dah..Kalau stress semacam, kalau bukan peod, memang badan naik la tu..

Cuma Pah memang tak ambil pil kurus..
Sebab Pah tak nak take risk..Dah elok2 Allah bagi badansihat, selera makan ok, tiba2 lain pulak kang jadinyaaa..
Pah setakat sapu losyen pati mustajab halia tu ada laa..and  pakai korset time tido.
Yang lain Pah tak berani cuba..
Bukan apa sebab takut ada side effect..

Eh tapi terpulang pada individu tau..Pah tak halang or tutup periuk nasi sesiapa..
Cuma kongsi pandangan je.. 
Kalau ubat tu memang dapat nasihat doktor untuk makan, so ok la kan..

Tapi sebenarnya, pengambilan diet yang seimbang dan sihat..
Disertai dengan exercise yang baik, memang boleh turunkan berat badan..
Cuma terpulang pada kita la nak laksanakan atau tidak..

Okla tu je pandangan saya setakat ni (walaupun korang tak minta kikikiki)
Selamat berhujung minggu sebab saya keje arini sob sob..hehe

Wednesday, October 29, 2014

REZEKI

Assalamualaikum...

Sesaje nak berborak di kala hati sedang memikirkan sesuatu..so saje la nak share..

Title tu pun korang dah boleh agak kan apa yang Pah nak share..

Yela, rezeki setiap manusia, Allah bagi dalam pelbagai cara..
Bukan sahaja duit, kasih sayang pun satu rezeki yang tak ternilai harganya..
Peluang dalam pekerjaan juga satu rezeki..

Pah pernah la ada one time tu rasa dowwnnnn sangat..
Sebab rasa kadang-kadang kehadiran dan kebolehan yang ada tak dipandang..
Bila dah down macam tu, mulalah syaiton masuk daun..
Suntik pelbagai perasaan buruk dalam hati Pah ni...

Masa Pah down tu Pah mula nak salahkan, aku ni tak dapat peluang sebab aku kawin awal ke?
Adakah disebabkan itu orang tak percaya aku boleh buat?
Adakah sebab aku tak cantik...?
So macam-macam la benda buruk yang Pah fikir, which is sometime lead to not being grateful. Masyaallah.

Tapi Alhamdulillah Pah dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat POSITIF..
Allah tu Maha Adil..
Bila Pah cakap kat hubby, dia banyak bagi semangat..
Bila nangis dia biar je Pah nangis, suruh Pah lepaskan perasaan bagi lega..
Minta Pah sabar, terus usaha, dan berdoa..

Alhamdulillah bila sampai satu masa, memang Pah dapat apa yang Pah nak buat tu..
Memang la diakui tak sebagus orang lain, tapi practice makes perfect kan..

Lepas peluang pertama tu, Pah dapat lagi peluang-peluang yang seterusnya..
Lama-lama ada yang dah mula puji (serious bukan minta puji sebenarnya) dan nampak kebolehan ni..
Syukur...

So Pah nak cakap kat sini,
Tak salah kalau kita mengharapkan sesuatu tu, TAPI;
Kena sabar, Kena usaha dan kena percaya pada REZEKI...

Kalau Allah dah kata, rezeki tu kita punya, memang kita punya..
Kalau dah memang bukan rezeki kita, kita sedia macam mana pun,
pasti ada halangan..

Ini antara kenangan dan pengalaman yang Pah dapat dalam industri ini..
Memang banyak duri dan ranjau tak dinafikan..
Tapi sekurang-kurangnya Pah pernah pijak duri tu, tapi berjaya cabut duri tu pelan2, dan bangun jalan balik..
ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI...

Jadi untuk sesiapa di luar sana,
Jangan bagi perasan PHD(hasad dengki) orang lain, jatuhkan semangat kita..
Jadikan itu semangat dan dorongan..
Pandang sesuatu masalah tu dari sudut positif...

Insyaallah lama-lama hati kita tenang, hidup kita happy..
Dan yang penting muka kita ni maintain MUDA..GITCHUUU..

Baik la Insyaallah sampai sini je tau..
Nanti rajin, bebel lagi sekali..



Salam Ceria,

Pah.



Monday, October 27, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum and salam hujung minggu...

Yela, bukan selalu pun dapat cuti hujung minggu kan..alhamdulillah dapat spend time dengan suami dan pakcik kecik, aniqzafran...

Sempena Awal Muharram yang disambut semalam, jadi sajala nak kongsi-kongsi cerita dan luahan rasa hati gitu..

Awal Muharram ni kira permulaan tahun bagi tahun islam la kan..so i'm pretty sure, ada yang dah buat azam baru, yang berHIJRAH dan sebagainya..

Ala samala macam masuk tahun baru pun kan, semua nak buat azam, tapi tak semua kita berpeluang nak laksanakan. ikut rezeki masing-masing la kan.

Anyway, Pah pun ada jugak berazam. Yela, sebagai seorang perempuan muslim, memang la pakai tudung dan menutup aurat adalah WAJIB. Tapi kita semua tidak sempurna, masih ada kekurangan di sana sini. Pah pun macam tu jugak.

Sekarang ni Pah tengah belajar2 nak berhijrah ke arah yang lebih baik, Tapi detailnya biarla Pah simpan sendiri sebab takut sangat2 kalau ada sesiapa yang baca nanti, dah keluar anggapan lain. Tak pasal2 timbul dosa lain pulak ye dok?

Tapi mohon la semua doa-doakan Pah berjaya capai azam Pah untuk berhijrah tu. Cuma sekarang Pah tengah cari Guru agam/Ustazah dll.

Kalau ada sesiapa nak suggest atau kenal Guru/ kelas agama yang boleh Pah join, feel free untuk email Pah di syazahirah@gmail.com

Insyaallah sama-samalah kita berkongsi ilmu dan pengalaman :)

*entry ni sebenarnya semalam dah taip elok2 tapi tertido masa susukan aniqzafran so hari ni baru dapat publish. hehe..

Love,
Pah Zahirah.

Thursday, October 23, 2014

Siapa sangka, cempedak jadi nangka..

Bismillahirrahmannirrahim...

Title post nak A je kan..padahal..hado jeee...

Just saja-saja nak share cerita, bagaimana pah capai cita-cita pah ni..Tapi dengan izin Allah jugak la alhamdulillah...

Ok susah jugak la nak start tapi, untuk entry kali ni rasa macam nak make it short and simple.

Baik, Pah start dengan melangkah ke alam unibersiti la..

Setelah berhempas pulas belajar masa SPM(walaupun tersasar bidang), pah berjaya jugakla masuk U.

Opkos la bidang yang Pah ambik MasComm.. eh Hai Masscommersssss..

gambar sumber google ye
Pah batch pertama kat Lendu Melaka, tahun 2006-2009.

Bukan senang ye jadi 1st batch, banyaklaaaaaa dugaann..tapi to be honest memang Pah rindu gilerr zaman kat Lendu dulu.. Insyaallah bila rajin nanti di post yang lain, Pah cite tentang Melaka tau..

Anyway, setelah 3 tahun kat sana, Pah berjaya sambung degree kat UiTM Shah Alam.

Terus sambung Journalism sebab masa tu hati memang dah tau suka menulis.

Ramai jugak member yang pelik sebab dorang mati -mati la ingat Pah nak sambung Broadcast sebab mulut ni macam popcorn.

Tapi rezeki dah kata Journ kan..Journ jela jawabnya..

Tapi ini pun best jugak.

Walaupun kelas ktorang kecik je dalam 20+ students. tapi ktorang memang enjoy abiss..

Setiap sem ktorang berjalan je kejenyaaa..Perak, Penang...Rindu MC221 C.. isk isk..

 
Antara Puteri MC221 C
Untuk cerita kelas ni pun akan ada entry lain sebab BANYAK sangat cerita nak share pasal dorang ni..memang semua sayang..kahwin Pah hampir semua datang.. lap u lahhh guysss...

Then setelah berjaya mengradkan diri, Pah pun menganggur hampir 6 bulan sebelum berjaya dapat keje.

Lagipun masa tu Arwah Led baru meninggal, so jagala mak and adik2 jap.

Setelah menunggu,  hantar resume sana sini, Pah berjaya dipanggil untuk interview satu program anjuran Media Prima iaitu Journalism Editorial Training Scheme, JeTS.

Alhamdulillah, dalam lebih 100 orng yang datang interview, Pah berjaya dipilih.

Masa tu rasa bersyukur tak tahu nak cakap, Walaupun sedih sebab ada kawan Pah disingkirkan di saat akhir, tapi now dia lagi bagus dari Pah dah pun.

dalam JeTS ni ada 20 orang rasanya. 10 untuk newspaper which is NST dan 10 untuk TV.

Ktorang training dalam 5 bulan - 3 bulan kelas dan 2 bulan attachment di TV and NST.

Macam-macam pengalaman yang Pah dapat. Jumpa macam2 orang yang sangat experience dalam bidang ni.

Sangat best ok!

Ini gambar masa JETS Graduation Night. Rindu!
 
Habis je Graduation night ni, selang sehari terus masuk keje.

Syukur sangat, berjaya tempatkan diri ke salah satu stesen TV.

Actually, tak semua dapat kerja so ktorang sedih jugak la sebab ada kawan-kawan yang kena cari keje lain pulak.

Tapi dorang pun dah bina kerjaya yang best jugak so gitulaaa..

Niat hati nak tunjuk laporan dan standupper pertama masa attachment kat stesen TV dulu, tapi line macam tak mengizinkan pulak untuk video diupload.. hehe..

Next time la Insyaallah ye..

Sesiapa yang baca ni, and kenal orang-orang yang Pah sebut and ada gambar di atas, Pah nak cakap, yang Pah memang sayang sangat la kat dorang ni.

Sebab along the way Pah sedang cuba mencapai cita-cita dan membina kerjaya ni, Pah banyak dapat pertolongan dan susah senang bersama dorang semua ni.

Yela, mana ada benda yang datang bergolek dengan mudah kan, so usaha is the key to the success.

Ok la..mata dah ngantuk, suami pun dah berdengkur bersama aniqzafran..

Nanti Pah cerita lagi tau..Salam

Love,

Pah.